Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.pat] | سراڤت

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, ketibung, nasi sejuk, pokok sedang, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Streptocaulon wallichii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serapat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ficus deltoideaMas cotek Serapat angin, telinga berukPertanianTiadaTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
obovateobovatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bujur atau ovat terbalik. Contohnya, daun mas cotek atau serapat angin (Ficus deltoidea) dan daun gajus (Anacardium occidentale).
low returnhantaran rendahSukanTiadaHantaran kembali oleh pemain di bawah paras jaring. Bulu tangkis dipukul melepasi jaring serapat atau serendahnya.
Ficus deltoideamas cotekHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai serapat angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.

Kembali ke atas