white seraya | seraya putih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu ringan dalam genus Parachore daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah urat mata. Spesies utamanya ialah Parashorea malaanonan dan P. tomentella. Gubal kayu seraya putih berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna krim kemerahan, dan berubah kepada kuning jerami apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 650 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses tetapi boleh menumpulkan mata pemotong, tidak tahan lama serta sukar diawet. Kayu ini lambat mengering, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, serta mengalami retak dan piuh, dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kayu seraya putih sesuai untuk papan panel, kemasan dalaman, papan lapis, perabot, dan kayu kumai. |
square lashing | ikat seraya | Perikanan | Tiada | Tiada |
meranti merah tua | meranti merah tua | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu merah tua yang ringan, dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk nemesu, seraya, dan berbagai-bagai nama meranti; di Sabah ialah ubah suluk, dan berbagai-bagai nama seraya; dan di Sarawak pula disebut dengan berbagai-bagai nama meranti. Spesies utamanya termasuk Shorea curtisii, S. ovata, S. pauciflora, dan S. platyclados. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jenis ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, akyu kum |
gerutu | gerutu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai kayu Parashorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti gerutu, dan di Sabah ialah seraya putih berat. Spesies utama termasuk Parashorea demsiflora dan P. stellata di Semenanjung, dan P. parrifolia dan P. smythieii di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu gerutu berwarna kuning keputihan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keemasan, dan yang menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan.kayu ini mudah dikerjakan, kecuali apabila digergaji, dan agak sukar dikeringkan, mudah retak dan rekah, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu gerutu sesuai digunakan untuk kerja binaan sederhana dan ringan, dinding dan papan panel, perabot, lantai, venir, papan lapis, dan kotak kayu. |
meranti bakau | meranti bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea uliginosa daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti paya dan meranti tenggelam, dan di Sabah ialah seraya buaya hantu. Gubal kayu meranti bakau berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu meranti bakau digunakan dalan kerja binaan ringan, pembuatan perabot, venir, dan papan lapis. |
meranti kuning | meranti kuning | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu kumpulan Richetia dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar hitam, dan di Sabah ialah seraya kuning. Spesies utamanya termasuk Shorea dolichocarpa, S. faguetians, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. maxima, S. longisperma, dan S. multiflora. Gubal kayu meranti kuning berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kehijauan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu meranti kuning sesuai untuk dibuat lantai, papan panel, perabot, dan terutamanya bagi pembuatn venir dan papan lapis. |
meranti merah muda | meranti merah muda | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu ringan dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Di Semenanjung dan Sarawak, kayu ini diberi berbagai-bagai nama meranti seperti meranti lepang, meranti bukit, dan meranti langgung; dan di Sabah ialah kayu ini diberi nama seraya merah, dan berbagai-bagai nama lain. Spesies utamanya termasuk Shorea accuminata, S. leprosula, S. ovalis, dan S. parvifolia. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, kayu kumai, venir dan pap |