Wolf | Serigala | Fizik | Tiada | Tiada |
Lupus | Lupus (serigala) | Matematik | Tiada | Buruj hemisfera selatan yang berhampiran dengan Centaurus, dan sebahagian daripadanya terletak di dalam Bimasakti. Bintangnya yang tercerah terdiri daripada bintang magnitud ketiga. |
Echinococcus | Echinococcus | Perubatan | Tiada | Genus cacing pita kecil yang terdapat pada haiwan liar seperti serigala dan anjing hutan, misalnya E. granulosus; larva cacing ini dapat membentuk sista hidatid di dalam hati, peparu dan organ lain di dalam mamalia, termasuklah manusia. |
rabies | rabies | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang diakibatkan oleh rabdovirus (sejenis virus RNA), yang lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan karnivor, seperti anjing atau serigala, yang terinfeksi oleh virus yang berkenaan; tempoh pengeraman virus ini pada manusia adalah di antara 1�3 bulan. Penyakit ini umumnya melibatkan sistem saraf yang dicirikan dengan gejala seperti kehiperterujaan, agitasi, racauan, kebingungan, hidrofobia, spasme dan kelumpuhan otot farinks. Keadaan ini biasanya diikuti dengan koma dan kelumpuhan pernafasan yang akhirnya mengakibatkan maut. |
ghost story | cerita hantu | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. |
beast fable | fabel binatang | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah |