anorexia nervosa | anoroxia nervosa | Pendidikan | Tiada | Penyakit yang sering kali berlaku di kalangan remaja perempuan. Mereka lebih cenderung mengambil makanan terlalu sedikit kerana bimbang berat badan akan bertambah. |
barrier flat | pamah sawar | Geologi | Tiada | Kawasan yang secara relatifnya rata dan sering kali dipenuhi kolam air yang memisahkan tepi sawar yang menghadap laut dari lagun di tepi yang menghadap daratan. |
demigod | separa dewa | Sejarah | Tiada | 1. Sesuatu yang bersifat separuh tuhan dan separuh manusia, sering kali terdapat dalam Berita rakyat Yunani purba tentang anak kepada dewa dengan perempuan biasa.,2. Seorang yang memperlihatkan keunggulannya sebagai intelek, berkuasa, berkebolehan, berwibawa dan personaliti yang menarik dijadikan propaganda oleh media massa seolah-olah seperti Tuhan. |
senile vaginitis | vaginitis senil | Perubatan | Tiada | Vaginitis yang berlaku pada wanita yang putus haid, yang sering kali dikaitkan dengan kekurangan estrogen. Keadaan ini ditandai dengan atrofi faraj. |
smaltite | smaltit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna putih timah atau kelabu pucat yang biasanya mengandungi sedikit besi, sering kali terdapat bersama-sama kobaltit, dan mewakili bijih kobalt dan nikel. |
aflatoxin | aflatoksin | Perubatan | Tiada | Toksin yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus flavus yang biasanya terdapat pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apabila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. |
wheal | bintat | Perubatan | Tiada | Bahagian kulit yang berwarna lebih merah atau pucat daripada warna kulit di sekelilingnya, yang sering kali disertai dengan gatal-gatal. Bintat ini mungkin menghilang dengan cepat atau mungkin dalam masa beberapa jam. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh gigitan serangga, alergi dan lain-lain. |
gel cement | simen gel | Kejuruteraan | Petroleum | Simen atau buburan simen yang telah diubahsuai dengan penambahan bentonit. Penambahan bentonit sering kali dilakukan untuk mengurangkan ketumpatan simen. |
role expectation | harapan peranan | Komunikasi | Tiada | Pemaparan imej yang wujud dalam bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh sesuatu bangsa sering kali dikaitkan dengan tingkah laku sebenar sesuatu kaum yang melakonkan sesuatu watak itu. Contohnya, kaum kulit hitam kerap digambarkan dengan peranan ganas maka keyakinan penonton akan kekal menganggap orang-orang berkulit hitam adalah ganas. |
social conflict | konflik sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial. |