sediment | sedimen | Kejuruteraan | Petroleum | Serpihan-serpihan atau pecahan-pecahan batuan dan bahan-bahan pejal berupa mendakan yang masih lagi dalam keadaan perui, iaitu yang belum lagi berkonsolidasi. Serpihan-serpihan itu terbentuk hasil daripada proses luluhawa dan hakisan ke atas batuan induk. Bahan mendak pula ialah pepejal yang secara kimia dapat terkeluar daripada zat larutan dalam medium yang berair. Tercakup juga dalam pengertian ini ialah serpihan-serpihan batuan yang terlontar ke angkasa oleh kegiatan gunung berapi. Jika ada arus (sama ada air mengalir atau angin) bahan-bahan ini dapat diangkut dari satu tempat ke tempat lain. apabila telah terlonggok di satu-satu tempat pemendapan, bahan-bahan ini berkonsolidasi serta mengeras menjadi batuan sedimen. |
clastic rock | batuan kelas | Kimia | Tiada | Kumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur. |
clastic rock | batuan kelas | Kejuruteraan | Petroleum | Kumpulan batuan sedimen yang butiran-butirannya terbina daripada pecahan-pecahan atau serpihan-serpihan batuan. Serpihan-serpihan ini secara am disebut klas. Serpihan ini biasanya didatangkan dari tempat lain, di luar lembangan pemendapan. Antara jenis batuan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal, konglomerat dan setengah-setengah jenis batukapur. |
sedimentary rock | batuan sedimen | Kimia | Tiada | Batuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis. |
sedimentary rock | batuan sedimen | Kejuruteraan | Petroleum | Batuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis. |
junk | junk | Kejuruteraan | Petroleum | Serpihan-serpihan logam, alat atau benda-benda yang terdapat di permukaan yang terjatuh ke dalam lubang gerudi dan terkumpul di dasar lubang tersebut. |
ice cake | kematu ais | Geografi | Tiada | Istilah umum menggambarkan serpihan-serpihan ais leper yang terapung di permukaan lautan. |
block field | padang bongkah, padang batu | Geologi | Tiada | Lapisan serpihan-serpihan batuan yang meliputi keseluruhan permukaan gunung tinggi atau penara. |
desiccation conglomerate | konglomerat pengeringan | Geologi | Tiada | Konglomerat yang terdiri daripada serpihan-serpihan yang terhakis daripada lapisan endapan berekahan lumpur dan terbundar oleh pengangkutan. |
volcanic sand | pasir volkano | Geologi | Tiada | Mendapan piroklas yang terdiri daripada serpihan-serpihan halus yang julat saiznya antara 2 - 5 mm. |