serunai | serunai | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai sai |
serunai (Mal) | serunai | Kesenian | Tiada | Alat tiup lazimnya daripada kayu yang berpipit daripada dedaun. |
serunai pemetong (Mal) | serunai pemetong | Kesenian | Tiada | Alat tiup berpipit yang digunakan dalam wayang kulit gedek di Kedah. |
serunai padi (Mal) | serunai padi | Kesenian | Tiada | Alat tiup daripada batang padi yang berlelidah daripada batang padi. |
batang serunai (Mal) | batang serunai | Kesenian | Tiada | Bahagian seruling antara menali dan kecopong. Di bahagian atasnya terdiri daripada beberapa lubang petik manakala di bahagian bawahnya terdapat satu lubang petik. |
kecopong (Mal) | kecopong | Kesenian | Tiada | Bahagian serunai selepas batang serunai berbentuk mengembang. |
menali (Mal) | menali | Kesenian | Tiada | Bahagian serunai di antara pipit dan batang serunai diperbuat daripada logam yang berpipa. |
nali (Mal) | nali | Kesenian | Tiada | Bahagian serunai di antara pipit dan batang serunai diperbuat daripada logam yang berpipa. [Sinonim dengan istilah menali]. |
blowhorn stake | pancang serunai | Kesenian | Tiada | Alat kecil yang berfungsi seperti andas dan mempunyai hujung yang berbentuk seperti serunai. |
Wedelia biflora | serunai laut | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin. |