Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.vis] | سرۏيس

Definisi : 1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dlm permainan badminton, tenis, skuasy, dsb; 2. bp khidmat, perkhid­matan: ~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; 3. tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dsb sesebuah jentera, kereta, dsb supaya dapat beroperasi dgn baik dan selamat: pusat ~ kereta; syarikat itu akan memberikan ~ percuma utk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli drpd syarikatnya; ~ kilas servis yang dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian bela­kang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan; ~ kuda teknik hantaran (sepakan) pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki; menservis membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya sudah perlu diservis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.vis] | سرۏيس

Definisi : 1 pukulan pertama atau giliran pemain memukul bola kpd pihak lawan (dlm permainan badminton, tenis dsb). 2 kerja-kerja menyenggara, membaiki kenderaan, jentera dsb. ~ kilas servis yg dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan. ~ kuda teknik hantaran atau sepakan pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki. menservis menyenggara, membaiki atau membuat supaya (enjin, jentera dll) berada dlm keadaan yg baik utk digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata servis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
good serviceservis baikSukanTiadaServis yang diterima oleh pengadil, iaitu, servis di atas garis servis dan bawah garis luar di dinding depan, servis yang melepasi garis pendek, dan servis yang dihantar ke sebelah garis tengah bahagian atau kawasan penerima.
dummy servisservis tanggungSukanTiadaPukulan bola servis yang mengelirukan pihak lawan.
short serviceservis rendahSukanTiadaServis rendah: Servis yang dilakukan dengan pukulan biasa atau pukulan kuis dengan cuba memastikan bulu tangkis berada setinggi 5 cm di atas jaring.
second serviceservis kedua(P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiadaServis petang: Servis yang diberi kepada bilik tetamu jika perlu.
backhand short servisservis rendah kilasSukanTiadadengan pukulan biasa atau pukulan kuis, dipastikan bulu tangkis berada sekurang-kurang lima 5. cm di atas jaring.
random practicepraktis rawakSains SukanBiomekanikKaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton.
lob serveservis petungSukanTiadaServis yang dibuat secara petung menyebabkan lambungan bola yang tinggi. Sinonim : underarm serve [servis petung]
high serviceservis tinggiSukanTiadaServis yang dilakukan dengan memukul bulu tangkis setinggi yang boleh agar jatuh menjunam dalam kawasan lawan. Sinonim : aggressive high service [servis tinggi]
blocked practicepraktis blokSains SukanBiomekanikKaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar.
servis regulationperaturan perkhidmatanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas