plural scattering | penyerakan majmuk | Kejuruteraan | Tiada | Penyerakan zarah atau foton dengan sesaran akhirnya adalah jumlah vektor sesaran-sesaran kecil. |
load displacement | sesaran beban; sesaran muatan | Komputer | Tiada | Tiada |
load displacement | sesaran beban; sesaran muatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
work of weight | kerja berat | Mekanik | Gunaan | Kerja yang dilakukan oleh berat jasad apabila jasad itu mengalami sesaran tegak. Sekiranya sesaran jasad tidak mempunyai komponen tegak, tiada kerja berpadanan dengan sesaran itu dilakukan oleh jasad tersebut. Sesaran tegak manghala ke bawah menghasilkan kerja positif manakala sesaran yang menghala ke atas menghasilkan kerja negatif. |
virtual displacement | sesaran maya | Mekanik | Gunaan | Sesaran khayali yang infinitesimal, dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan. Sesaran maya dikenakan untuk membolehkan penerapan ‘kaedah kerja maya’ bagi menganalisis keseimbangan jasad itu. dalam analisis berkenaan, sesaran maya diterapkan satu persatu di arah-arah yang tak bersandaran. Sesaran ini boleh juga diterapkan pada titik-titik yang terkekang dan tidak mungkin mengalami gerakan sebenar; penerapan sedemikian membolehkan penentuan sistem daya yang bertindak pada pengekang berkenaan. Lihat juga kaedah kerja maya. |
forced vibration | getaran paksa | Mekanik | Gunaan | Getaran yang disebabkan oleh daya luar atau sesaran luar yang dikenakan secara berterusan terhadap sesuatu sistem. Getaran berlaku di bawah tindakan daya atau sesaran yang berkenaan. Daya luar itu dikenal sebagai daya pengganggu dan sesaran disebut sesaran pengganggu. Istilah ‘rangkap pengganggu’ digunakan sebagai istilah umum untuk kedua-dua daya atau sesaran pengganggu itu. |
simple harmonic motion | gerakan harmonik mudah | Mekanik | Gunaan | Gerakan linear yang dicirikan oleh pecutan yang berkadar langsung dengan sesaran. Jika sesaran yang berkenaan ialah x dan pecutan ditulis sebagai x, maka gerakan harmonik mudah, singkatan GHM, diperihalkan oleh x µc dan ditulis dalam bentuk persamaan sebagai x = -p2x. Perhatikan bahawa simbol –p2 biasanya digunakan untuk pemalar perkadaran yang berkenaan untuk memudahkan pemerihalan fenomena fizikal yang berpadanan. Contoh GHM yang paling kerap ditemui dalam bidang mekanik ialah getaran linear bebas tak teredam bagi zarah yang tersambung pada seutas pegas linear. Dalam kes ini, pemalar p ialah frekuensi bulat gerakan itu. Gerakan harmonik mudah dapat digambarkan melalui penggunaan vektor berputar. Dalam Rajah G8, vektor rujukan yang bermagnitud xo, itu berputar dengan halaju sudut p. Ujuran kepala vektor xo pada paksi –x seperti yang ditunjukkan, bergerak dengan GHM di sepanjang paksi itu. Kedudukannya dapat diplot pada lengkung sinus [Rajah G8b] yang merupakan selesaian bagi persamaan GHM, x+p2x = 0, da |
primary succession | sesaran primer | Kejuruteraan | Tiada | Sesaran ekologi yang terbentuk di kawasan yang belum pernah didiami oleh sebarang komuniti, contohnya sesaran yang terbentuk di atas singkapan granit atau lava. |
displacement | sesaran | Mekanik | Gunaan | 1. Jarak yang dilalui oleh jasad pada arah yang tertentu. Jika zarah teranjak dari suatu titik ke titik yang bersebelahan, misalnya, maka vektor infinitesimal ds yang menghubungkan kedua-dua titik tersebut itulah yang dinamai ‘sesaran’ bagi zarah itu. sesaran merupakan kuantiti vektor. Unit ukurannya ialah meter, m. 2. Gantian isi padu bendalir oleh pepejal atau bendalir daripada jenis lain. |
harmonic oscillator | pengayun harmonik | Fizik | Mekanik | Ssitem fizik yang mempunyai daya pemulih (atau tork pulih) yang berkadaran dengan sesaran linear (atau sesaran sudut) dari titik keseimbangan. |