task passing | penyerahan tugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sesi rasmi yang diadakan untuk peralihan kuasa dari pentadbir yang lama kepada pentadbir yang baru. Sesi ini hanya sebagai sesi simbolik semata-mata sebagai penghormatan kepada kedua-dua pihak. Pentadbir lama yang telah tamat tempoh berkhidmat di tempat tersebut menyerahkan tugas, mungkin dalam bentuk fail atau kunci kepada pegawai baru yang mengambil alih tempatnya. Contoh penyerahan tugas pengarah jabatan atau institusi sering berlaku dalam suatu keramaian yang mesra. |
plenary session | sidang penuh | Komunikasi | Korporat | Sesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. |
Switched Virtual Circuit (SVC) | Litar Maya Bersuis (SVC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu litar yang hanya terbentuk atau tersambung sepanjang tempoh sesi panggilan atau sesi pemindahan data dan kemudian terputus apabila sesi tersebut tamat. SVC lebih kompleks berbanding PVC tetapi SVC lebih baik kerana menyediakan keseimbangan beban rangkaian secara automatik dan dinamik dengan berkesan. |
brief therapy | terapi ringkas | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk psikoterapi yang terhad kepada bilangan sesi yang sedikit biasanya sehingga 15 sesi. Terapi ini biasanya bertujuan untuk menangani simptom tertentu yang tidak terlalu berat atau yang dijangka boleh mencapai objektif khusus yang dicadangkan sejak awal sesi. |
media briefing | taklimat media | Komunikasi | Korporat | Sesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi. |
legislative session | sesi perundangan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi yang diperlukan apabila kumpulan terbabit terlalu besar untuk bilik keputusan. |
small assembly session | sesi perjumpaan kecil | Pendidikan | Tiada | Sesi perbincangan atau latihan yang diadakan dalam kelompok kecil. |
handshaking procedure | tatacara jabat tangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung. |
logoff | log keluar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk menamatkan sesi penggunaan sistem komputer. Setelah log keluar semua aktiviti komputer ditentu sahkan dan disimpan untuk rujukan sebelum ditamatkan sesi. Proses ini dapat mengelakkan pengguna lain menggunakan sistem komputer tanpa kebenaran. Selepas log keluar, pengguna perlu melakukan log masuk untuk menggunakan sistem komputer tersebut. Banding log masuk. Sinonim log keluar (logout). |
planning session | sesi merancang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |