أجر المثال | upah setara/mas kahwin setara | Agama Islam | Fiqh | Pemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang nilainya setara dengan kedudukannya. |
barrel equivalent | setara tong | Kejuruteraan | Petroleum | Unit yang digunakan di makmal untuk menilai dan menguji bendalir penggerudian, iaitu satu setara tong bendalir adalah setara dengan 350 ml bendalir tersebut. Sebagai contoh, 1 gram bahan, bila ditambahkan ke dalam 350 ml suatu bendalir, adalah setara dengan penambahan 1 paun bahan tersebut ke dalam 1 tong (42 gelen) bendalir tersebut. |
logically equivalent statement | pernyataan setara logik pernyataan setara mantik | Kesenian | Tiada | Tiada |
equivalent | setara | Matematik | Tiada | Sifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga. |
equivalent temperature | suhu setara | Sains | Hidrometeorologi | 1. Suhu setara isobar. Suhu kompok udara apabila semua wap airnya dipeluwap keluar pada tekanan tetap, dan haba pendam yang dikeluarkan digunakan untuk pemanasan udara itu. 2. Suhu setara adiabatik. Suhu kompok udara selepas mengalami pengembangan adiabatik kering sehingga semua kelengasan dikerpaskan. |
equivalent longitudinal wind | angin membujur setara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin khayalan seragam yang selari dengan trajektori, yang menghasilkan min kelajuan pesawat udara sepanjang lintasannya, angin ini disebut "angin sakal setara", jika searah disebut "angin buritan setara". |
equivalent dynamical system | sistem dinamik setara | Mekanik | Gunaan | Sistem jisim terpumpun yang boleh menggantikan suatu jasad tegar, untuk tujuan analisis tabiat dinamik jasad itu. sistem setara ini perlu memenuhi tiga syarat, iaitu jisim terjumlahnya mestilah sama dengan jisim jasad tegar asal, kedudukan pusat graviti sistem setara ini mestilah sama dengan keadaan asal dan momen sifatekun di sekitar paksi yang melalui pusat graviti mestilah sama dalam kedua-dua kes. |
dose equivalent | setara dos | Fizik | Atom dan Nuklear | Hasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti Q. Setara dos, E boleh diungkapkan sebagai: E = DQ, Nilai Q bersandar kepada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah sievert (Sv) dan D ialah gray. Dos setara untuk seluruh badan, 1 Sv boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. |
field moisture equivalent | setara lembapan tanah | Kejuruteraan | Tiada | yang setara ketika setitik air dititikkan ke atas tanah yang halus. |
الاقران | teman setara | Agama Islam | Hadith | Perawi-perawi yang sebaya umurnya dan setara ilmunya dalam bidang Ḥadīth. |