Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.lah] | ستله

Definisi : sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.lah] | ستله

Definisi : sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recovery curvelengkung pemulihanHidrogeologiTiadaGraf yang menunjukkan kenaikan pemulihan paras air dalam perigi terhadap masa, setelah pemampaan atau setelah peluahan perigi alir berhenti (aritmetik, separa log atau log-log). Sin.: kelok pemulihan
residuebakiKimiaTiadaBahan yang tertinggal setelah berlakunya sesuatu proses. Misalnya, baki yang tertinggal di dalam kelalang setelah berlakunya proses penyulingan, dan baki yang tertinggal di dalam ceper penyejat setelah berlakunya proses penyejatan.
crop remainssisa tanamanPertanianAgronomi

 Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan.

post-emergence damping-offredam setelah munculBiologiPatologiRedam pada anak benih setelah muncul di atas permukaan tanah.
isticarahpeminjamanPerniagaan IslamTiadaTindakan memberi faedah barangan tanpa bayaran dan dikembalikan setelah cukup tempoh. Sekiranya tidak ditentukan tempoh, barangan tersebut hendaklah dikembalikan setelah selesai penggunaan atau sehingga diminta oleh pemilik. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan, peminjam wajib menggantikan atau membayar ganti rugi.
tail slidegelongsor ekorAeroangkasaTiadaPergerakan ke belakang pesawat udara pada sepanjang paksi membujur setelah berlakunya pegun ketika penerbangan dengan keadaan muncung pesawat udara mendongak.,Pergerakan ke belakang pesawat udara pada sepanjang paksi membujur setelah berlakunya pegun ketika penerbangan dengan keadaan muncung pesawat udara mendongak.
abuse of discretionsalah guna budi bicaraUndang-undangTiadaPenyalahgunaan kuasa yang dimiliki oleh pihak pentadbiran untuk memutuskan sesuatu menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira beberapa asas penting.
flight loglog penerbanganAeroangkasaTiadaSesuatu rekod penerbangan yang dicatatkan oleh juruterbang setelah tamat sesuatu penerbangan.,Sebuah pertubuhan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyelaras kegiatan penerbangan awam antarabangsa oleh negara-negara ahli.,Sesuatu rekod penerbangan yang dicatatkan oleh juruterbang setelah tamat sesuatu penerbangan.
ground loopgelung bumiAeroangkasaTiadaSatu belokan pesawat udara yang tidak terkawal ketika taksi dengan pantas, setelah mendarat atau sebelum berlepas.,dan berada dalam kawasan 25 batu nautika dari bikon.,Satu belokan pesawat udara yang tidak terkawal ketika taksi dengan pantas, setelah mendarat atau sebelum berlepas.
bark renewalpemulihan kulitPertanianAgronomi

Penggantian kulit yang telah ditoreh dengan kulit baru. Proses ini berlaku hasil pembahagian sel kambium menjadi sel kulit setelah matang. Kulit yang telah pulih boleh ditoreh semula setelah cukup tebal dalam masa lima tahun selepas pusingan torehan pertama.

12345678910...

Kembali ke atas