DDT | DDT | Biologi | Ekologi | Nama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara. |
hypophysis | hipofisis | Biologi | Fisiologi | 1. Jasad pituitari 2. Tebukan (pit) olfaktori pada setengah-setengah Cephalochordata. 3. Sel akhir pada suspensor 4. Sel yang menghasilkan hujung akar dalam tumbuh-tumbuhan dikotiledan. |
nutrient | nutrien | Biologi | Fisiologi | 1. Bahan makanan yang mengandungi khasiat. 2. Komponen berkhasiat yang terdapat di dalam setengah-setengah makanan, seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. |
autogamy | autogami | Biologi | Ekologi | 1. Pengkonjugatan gamet yang kedua-duanya berasal daripada sel yang sama, seperti pada setengah-setengah protozoa. 2. Penswasenyawaan. |
honeydew | madu serangga | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rembesan manis yang terdapat pada daun kebanyakan tumbuh-tumbuhan. 2. Cairan kental yang dirembeskan oleh kulat ergot. 3. Rembesan manis yang dihasilkan oleh setengah-setengah serangga, seperti afid. |
half life | setengah hayat | Kimia | Tiada | Masa yang diperlukan oleh setengah kuantiti sebarang nukleus radioaktif untuk menyepai. Nilai setengah hayat, T ½, menentukan kestabilan unsur radioaktif dan merupakan pemalar ciriannya. Misalnya, setengah hayat torium-222 ialah 1.40 x 1010 tahun. |
half-period | setengah tempoh | Kimia | Tiada | 1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai menjadi setengah kuantiti asalnya. |
half-life | separuh hayat/setengah hayat | Kimia | Tiada | 1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas mengurang kepada setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya. |
half-width | separuh lebar/setengah lebar | Kimia | Tiada | 1. Separuh lebar puncak tenaga dalam taburan spektrum, disukat di antara dua titik setengah amplitud.,2. Separuh lebar lengkung sambutan di antara titik setengah kuasa. |
half-life period | tempoh setengah hayat/kala separuh hayat | Kimia | Tiada | 1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya. |