series drama | drama bersiri | Komunikasi | Tiada | Drama untuk siaran radio atau televisyen yang disiarkan pada setiap minggu atau setiap hari yang mempunyai tema cerita yang berlainan pada setiap kali siaran. Drama ini mempunyai ciri-ciri yang khusus iaitu tajuk rancangan, lokasi penggambaran serta pelakon yang sama pada setiap kali siaran. Drama ini mempunyai episod penyudah yang lengkap dan penonton boleh mengikuti tema cerita yang berlainan pula pada siri yang berikutnya. Lihat juga: siri. |
chief timekeeper | ketua penjaga masa | Sukan | Tiada | Pegawai yang bertanggungjawab menetapkan posisi setiap penjaga masa bagi setiap lorong, dan juga mengumpulkan keputusan masa bagi setiap peserta dalam sesuatu acara. |
series | siri | Komunikasi | Tiada | Rangkaian cerita lengkap yang disiarkan melalui radio atau televisyen secara berturut-turut pada setiap minggu atau setiap hari. Tema cerita yang disiarkan adalah berbeza pada setiap kali siaran. Contohnya, Siri Pi Mai-Pi Mai Tang Tu. |
look up table (LUT) | jadual carian | Kejuruteraan | Tiada | Kumpulan keputusan terstor yang dapat dicapai dengan pantas oleh atur cara tanpa perlu menghitung setiap keputusan setiap kali ia diperkukan. |
pooling | gemblengan; penggemblengan; pengumpulan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah insurans semula yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggemblengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli. |
modulus | modulus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Integer yang menunjukkan peringkat setiap jujukan pembilang pada setiap kitar. |
reinsurance pool | gemblengan insurans semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah insurans semula yang sama dengan perkongsian berkuota. Setiap ahli akan menanggung sebahagian daripada setiap risiko yang diunderait oleh setiap ahli yang lain. Peruntukan dalam perjanjian penggembelengan ini mungkin termasuk had maksimum untuk ditanggung oleh setiap ahli. |
face-centred lattice | kekisi berpusat muka | Kimia | Tiada | Titik kekisi pada pusat setiap muka dan setiap penjuru unit sel. |
user documentation | dokumentasi pengguna | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi yang memberi penerangan mengenai setiap ciri dan tujuan setiap fungsi atau atur cara dalam perisian yang dibekalkan. Dokumentasi ini dapat membantu pengguna memahami cara untuk menggunakan perisian yang disertakan dengan lebih sempurna dan berkesan. Terdapat juga dokumentasi pengguna yang memberi maklumat cara menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kesalahan atau ketidakfungsian perisian yang digunakan. Dokumentasi ini biasanya disusun dengan sempurna mengikut indeks yang diberi agar pengguna dapat merujuk sebarang maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Beberapa pendekatan yang kerap digunakan dalam penyediaan dokumentasi ini adalah seperti yang berikut: i) Pendekatan tutorial, iaitu pendekatan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas. ii) Pendekatan bertema, iaitu pendekatan bahagian demi bahagian untuk sesuatu topik yang berkaitan. iii) Pendekatan rujukan atau indeks yang mengandungi perintah atau tugas yang disusun mengikut abjad. Penyediaan manual untuk pengguna, pentadb |
squared-off cascade | lata hampir kuasa dua | Kejuruteraan | Tiada | Hampiran lata unggul yang setiap bahagian dalam setiap peringkat mempunyai pulangan yang sama. |