Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : ®tuju I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Guttman scaleskala GuttmanPendidikanTiadaSkala sikap yang memerlukan jawapan ya/tidak atau setuju/tidak setuju sebagai reaksi kepada siri soalan atau keterangan yang semakin rumit dan sukar.
concursetujuUndang-undangTiadaTiada
mutual agreementsaling setujuPendidikanTiadaTiada
accepted billbil setujuEkonomiPerdaganganTiada
changing agreed timetukar saling setujuSukanTiadaMasa permulaan dan berhenti yang dipersetujui antara ketua pasukan dan pengadil.
protestbantahanSejarahTiadaPenyataan tidak setuju dengan satu-satu dasar.
depositcengkeramEkonomiTiadaSebahagian wang yang pembeli bayar dahulu sebagai tanda setuju membeli barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual. Bayaran sepenuhnya akan dibuat kemudian apabila pembeli ingin mengambil barang tersebut atau ingin mendapatkan perkhidmatan yang dijanjikan.
التعيين بالإشارةpenentuan beri syaratAgama IslamFiqhMembuat penentuan sesuatu barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.
ta‘yin bi al-isyaratpenentuan berisyaratPerniagaan IslamTiadaPerihal membuat penentuan sesuatu tawaran atau penerimaan barang melalui isyarat yang boleh difahami oleh umum. Contohnya, dalam urus niaga lelongan, perbuatan menganggukkan kepala oleh pembeli boleh diterima sebagai isyarat tanda setuju atau penjual memberikan isyarat tangan sebagai tanda menerima tawaran daripada pembeli.
bitumenbitumenKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon yang seakan-akan tar sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas yang dapat larut dalam kerbon disulfida, yang wujud secara semulajadi atau terbentuk sebagai sisa hasil pengwapan minyak asfalt. Darjah kelikatan dan kebakarannya tidak seragam. Ada pendapat yang tidak setuju mengelaskan bahan hidrokarbon yang tinggal sebagai sisa hasil penyulingan tar batu arang atau minyak pararafin sebagai bitumen.
12

Kembali ke atas