barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan dalam bentuk perkataan atau perkataan yang wujud daripada kesalahan seumpama itu atau dengan kata lain perkataan dibentuk dengan tidak mengindahkan tatabahasa. |
polytypism | politipisme | Kejuruteraan | Tiada | Ketumbuhan berbentuk pilin pada dalam mika atau mineral lempung yang seumpama. |
decision tree analysis | analisis pokok keputusan | Pengurusan | Perancangan | Teknik membuat keputusan dengan menggunakan rajah seumpama dahan dan ranting pokok, sebagai gambaran satu rantaian keputusan dan perbandingan alternatif keputusan yang lain. Penggunaan analisis pokok keputusan adalah untuk meneliti implikasi pembuatan keputusan yang berbilang atau hasil akhir yang dipengaruhi oleh situasi berbeza. Contohnya, analisis pembuatan keputusan untuk menilai keupayaan pembekal sebelum dilantik bagi melaksanakan sesuatu projek. |
computer crime | jenayah komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. |
zona columnaris | zona kolumnaris | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian membran yang terbentuk daripada sel-sel turus. Membran seumpama ini terdapat di rektum ruminan dan di dubur babi dan haiwan karnivor. Bahagian ini terbentuk daripada 5 – 8 lapisan membran mukosa mendatar yang diselangi dengan beberapa sinus dan mengandungi tompokan nodul limfa yang berselerak atau bertompok-tompok. |
meridian observation | cerapan meridian | Matematik | Tiada | Ukuran altitud jasad samawi pada meridian samawi pencerap atau altitud yang diukur seumpama itu. |
synchondrosis | sinkondrosis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Percantuman khusus di antara dua tulang yang terdiri daripada gentian rawan. Percantuman seumpama ini mengehadkan pergerakan tulang tersebut dan menjadi sendi tak bergerak. |
radar | radar | Sains | Hidrometeorologi | Kaedah yang menggunakan radio bagi penentuan arah dan jarak sesuatu objek di stesen tunggal. Dalam sistem seumpama ini jarak ditentukan oleh masa perjalanan semboyan dari stesen ke objek dan balik. Istilah radar diterbitkan daripada singkatan radio detection and range. Radar terdiri daripada pemancar radio jenis istimewa dan penerima yang ditempatkan di tempat yang sama dan selalunya menggunakan antena yang sama. Tenaga radio yang dipancarkan oleh alat pemancar dan difokuskan oleh antena merambat melalui atmosfera dalam cekak yang kecil. Dalam perjalanannya melalui atmosfera, objek yang terdapat dalam laluannya akan memantul, menyelerak, dan menyerap tenaga. Sebahagian kecil tenaga terpantul dan berselerak, iaitu semboyan sasaran, akan berbalik mengikut laluan yang sama melalui atmosfera dan dipintas oleh antena penerima. |
avatar | avatar | Kesenian | Seni Bina | Penjelmaan atau interaksi antara dua atau lebih individu di alam maya melalui ruang grafik tiga dimensi seumpama gambaran sebenar kehidupan di alam nyata. Contohnya, dengan teknologi canggih penggunaan avatar di laman web, seseorang dapat merasakan bahawa dia seolah-olah berinteraksi seperti di alam nyata. |
transitional epithelium | epitelium peralihan | Biologi | Histologi dan Sitologi | epitelium berstratum yang hanya terdiri daripada tiga atau empat lapisan sel yang berbentuk turus, kuboid dan leper. Epitelium seumpama ini terdapat di permukaan dalam uterus, pundi kencing, dan di bahagian pelvis buah pinggang vertebrat. |