arbitrary detention | penahanan sewenang-wenang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. |
arbitrary arrest | penangkapan sewenang-wenang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. |
indiscriminate exploitation | pengusahasilan sewenang-wenang | Perhutanan | Tiada | Tiada |
arbitrary government | pemerintahan sewenang-wenang | Undang-undang | Tiada | Sistem pemerintahan yang tidak dibatasi oleh undang-undang. |
gross negligence | kecuaian melampau | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tindakan sewenang-wenang sehinggakan boleh dianggap sebagai disengajakan. |
initial meridian | meridian permulaan | Matematik | Tiada | Bulatan longitud sifar sewenang pada bumi atau planet tertentu atau jasad samawi yang dipetakan, contohnya meridian Greenwich bagi bumi. Prime meridian. |
organic form | bentuk organik | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk yang berhubung dengan sesebuah karya kesusasteraan, dikatakan lahir daripada konsepsi dalam pemikiran, perasaan dan keperibadian penulisnya, tidak sewenang-wenangnya dibentuk melalui daya mekanikal yang direncanakan. |
murder of all kinds | pembunuhan pelbagai jenis | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan mematikan seseorang yang dilindungi dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (perang saudara). Pembunuhan yang dilarang oleh Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva ini merangkumi pembunuhan sewenang-wenang, hukuman mati tanpa perbicaraan dan pembunuhan tanpa izin mahkamah. |
administration of justice | pentadbiran keadilan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Autoriti yang dimiliki majikan berdasarkan statusnya untuk mentadbir dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar dan saksama. Autoriti ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang adil kepada semua kakitangan dalam organisasi. Tindakan ini tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya kerana perlu berpandukan kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. Contohnya, pembuangan kakitangan dalam organisasi perlu berlandaskan peraturan dan tatacara yang sah. |
war crime | jenayah perang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan yang melanggar undang-undang atau kelaziman perang oleh seseorang atau beberapa orang, negara dan sebagainya. Kategori jenayah yang dilakukan termasuklah pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenang terhadap bandar, pekan dan kampung, dan sebarang pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan ketenteraan. Pelaku jenayah perang ini disebut sebagai penjenayah perang. Undang-undang yang berkaitan dengan jenayah perang antarabangsa antara lainnya ialah The Hague Convention V Respecting the Rights and Duties of Neutral Powers and Persons in Case of War on Land 1907, Geneva Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948, dan Geneva Convention III Relative to the Treatment of Prisoners of War 1949. |