Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.
Thanks for clicking. That felt good.