summit meeting | sidang kemuncak | Komunikasi | Korporat | Mesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyarin |
plenary session | sidang penuh | Komunikasi | Korporat | Sesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. |