zero-zero transition | peralihan sifar-sifar | Fizik | Tiada | Tiada |
zero-zero gel | gel sifar sifar | Kejuruteraan | Petroleum | Keadaan bendalir penggerudian yang gagal membentuk gel apabila bendalir tersebut didiamkan dalam tempoh tertentu (biasanya 10 minit). |
electric log | log elektrik | Kejuruteraan | Petroleum | Rekod berbentuk graf tentang sifar-sifar elektrik formasi yang berada disubpermukaan yang diplot terhadap kedalaman. Data diperolehi menerusi proses pengelogan. Antara sifat elektrik yang sering digunakan ialah keberintangan. |
root locus | londar punca | Kejuruteraan | Tiada | Londar bagi punca sambutan gelung tertutup sistem, diterbitkan dengan memplot kutub-kutub dan sifar-sifar bagi sambutan gelung terbuka itu pada satah kompleks. |
zero hour | waktu sifar/jam sifar | Fizik | Tiada | Tiada |
zero-one integer programming/zero-one integer model | pemprograman integer sifar satu/ model integer sifar satu | Pentadbiran | Tiada | Model atau pemprograman integer yang boleh mempunyai nilai-nilai penyelesaian sifar dan satu. |
division by zero | bahagi dengan sifar | Teknologi Maklumat | Perisian | Pembahagian yang dilakukan dengan pembahagi sifar. Dalam pengaturcaraan, pembahagian yang melibatkan nilai integer dengan pembahagi sifar akan menyebabkan atur cara itu dihentikan dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, pembahagian yang melibatkan nombor terapung akan menghasilkan nilai yang tidak memberi makna atau bukan merupakan nombor. Dalam piawaian nilai terapung IEEE yang digunakan oleh kebanyakan pemproses terkini menyatakan bahawa setiap operasi aritmetik titik terapung termasuk pembahagian dengan sifar mempunyai nilai yang tertentu. Dalam piawaian aritmetik IEEE 754, x/0 adalah infiniti positif (+∞) apabila x adalah positif, infiniti negatif (-∞) apabila x adalah negatif dan bukan satu nombor jika x adalah sifar. Pembahagian integer dengan sifar pula dikendalikan agak berlainan berbanding angka terapung kerana tiada perwakilan integer bagi mewakilkan hasil operasi ini. Terdapat pemproses yang akan menjanakan sampukan jika terdapat usaha untuk melaksanakan operasi ini, manakala pemproses yang lai |
zero-force member | anggota daya sifar | Mekanik | Gunaan | Anggota struktur yang daya di dalam anggota itu adalah sifar. Keadaan ini berlaku apabila struktur berada di bawah tindakan sistem beban tertentu. Anggota daya sifar tidak menolong untuk menyokong sebarang beban kenaan dalam keadaan yang diberikan. Anggota itu mungkin akan menyokong beban dan tidak lagi menjadi anggota daya sifar apabila sistem beban yang bertindak pada struktur itu berubah. Ada juga anggota daya sifar yang kekal dengan keadaan itu dalam semua keadaan bebanan. Anggota sedemikian biasanya diletakkan untuk menambah kestabilan struktur. Anggota bertanda a.d.s. dalam Rajah A4 merupakan anggota daya sifar kerana keseimbangan tidak mungkin wujud jika anggota itu ditindak oleh mana-mana daya dalaman. RAJAH A4 (rujuk ms. 4) |
zero-plane displacement | anjakan satah sifar; sesaran satah sifar | Pertanian | Tiada | Tiada |
Kelvin temperature scale | skala suhu Kelvin | Fizik | Haba | Skala suhu yang sifar mutlaknya diberikan bacaan sifar dan sela suhunya bersamaan dengan skala suhu Celcius, C. Suhu pada skala Kelvin, K diperoleh dengan menggunakan perkaitan yang berikut : K = C + 237.15. |