Cara nyanyian canta yang melibatkan nyanyian satu pic dengan satu suku kata. Silabik merupakan salah satu daripada ciri melodi canta Zaman Pertengahan. Lihat juga melisma, neumatik.
Gaya karya pada abad ke-16 bagi empat lapisan suara seperti tekstur him yang dinyanyikan secara silabik dan homoritma.
Gaya vokal dalam opera atau oratorio. Resitatif berbeza dengan gaya nyanyian seperti aria dan ensembel. Nyanyian resitatif kedengaran seperti antara nyanyian dengan pertuturan, beritma bebas, tidak bermeter dan dinyanyikan secara silabik. Recitativo accompagnato atau recitativo stromentato ialah resitatif yang diiringi orkestra. Recitativo secco atau recitativo semplice ialah resitatif yang diiringi basso continuo.
Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama.
1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik
Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Selatan yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Lebih kurang 2600 buah puisi dalam bahasa Provencal dan 260 buah lagu oleh troubadour yang masih wujud. Lagu troubadour merupakan lagu monofoni yang digubah secara silabik dan melibatkan ornamentasi. Tema utama puisi dan lagu troubadour ialah cinta, politik dan isu moral. Bernart de Ventadorn (sekitar tahun 1150-1180), Marcabru (sekitar tahun 1127-1148) dan Guiraut Riquier (sekitar tahun 1230-1300) adalah antara troubadour utama. Lihat juga trouvere.
Thanks for clicking. That felt good.