jasperoid | jasperoid | Geologi | Tiada | 1. Batuan yang terdiri terutamanya daripada silika fenohabluran, silika kalsedoni, atau silika kriptohabluran yang terbentuk oleh penggantian bahan lain, biasanya kalsit atau dolomit.,2. Batu kapur bersilika. |
desilication | penyahsilikaan | Geologi | Tiada | 1. Proses pemindahan silika daripada tanih melalui proses larut lesap pada kawasan-kawasan yang menerima hujan yang lebat.,2. Penyingkiran silika dari batuan; pembebasan silika melalui penguraian silikat.,3. Penyingkiran silika dari magma melalui tindak balas dengan batuan dinding. |
flamed silica | silika terbakar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Serbuk silika yang bersaiz 40 � 60 nm, berketulenan tinggi, dan tak berongga, yang dihasilkan daripada proses hidrolisis silika klorida. Sifat ini menyebabkan silika terbakar kerap digunakan dalam perumusan penyediaan mangkin. |
desilicification | penyahsilikonan | Geologi | Tiada | Penyingkiran silika, seperti penyingkiran silika dari batuan atau magma. |
chert | rijang | Geologi | Tiada | Sejenis batuan silika yang keras mengandungi silika opal dan/atau kalsedoni. Batuan ini terbentuk melalui penghabluran mendapan radilaria dan diatom atau melalui proses kerpasan sewaktu aktiviti hidroterma. SiO2. |
chert | rijang | Kimia | Tiada | Sejenis batuan silika yang keras mengandungi silika opal dan/atau kalsedoni. Batuan ini terbentuk melalui penghabluran mendapan radilaria dan diatom atau melalui proses kerpasan sewaktu aktiviti hidroterma. SiO2. |
pozzolan | pozolan | Kejuruteraan | Petroleum | Bahan yang mengandungi silika sahaja atau silika dan alumina, yang jika dalam bentuk sangat halus dan berkeadaan lembap akan bertindak balas secara kimia dengan kalsium hidroksida pada suhu biasa. Tindak balas ini akan menghasilkan sebatian yang bersifat menyimen. Bahan ini biasanya ditambahkan ke dalam campuran simen portland untuk mendapatkan sifat-sifat tertentu pada simen. Dalam penyimenan telaga, pozolan ditambahkan ke dalam simen untuk mengurangkan ketumpatan dan kelikatan buburan simen dan untuk membentuk simen yang tahan terhadap sulfat. Penambahan pozolan juga akan mempengaruhi sifat-sifat lain pada simen, seperti masa pengepaman, kekuatan simen dan sebagainya. |
chert | batu chert | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batuan silika keras yang mengandungi silika opal atau kalsedoni. Batu chert mempunyai bentuk yang seakan-akan bersinar dan amat sesuai digunakan sebagai alat batu repih. Repihan yang lebih kecil pula dikenali sebagai mikrolit dan boleh digunakan sebagai alat memotong. Batu ini sangat keras dan bahagian hujungnya boleh ditajamkan. Contohnya, alat batu dari tapak Poleolitik Akhir di Lembah Tingkayu (Sabah) yang berkembang sekitar 20 000 tahun dahulu. Batu chert juga dikenali sebagai batu rijang. |
colloidal silica | silika koloid | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Koloid yang mengandungi 40 � 40% silika dalam bentuk serbuk sfera tak poros dan tak berongga yang distabilkan oleh ion ammonium atau natrium. Silika ini boleh digelkan dengan meningkatkan suhu atau menukar pH dan dengan sifat ini ia berguna sebagai bahan perekat dalam penyediaan mangkin. |
silica gel | gel silika | Kimia | Tiada | Silika terhidrat dalam bentuk granul amorfus keras, yang digunakan sebagai bahan penyerap air dan wap pelarut yang dapat dijana semula. Garam kobalt yang terserap di dalam gel menghasilkan warna biru apabila kering dan warna merah jambu apabila lembap. Keadaan ini dapat digunakan untuk menentukan sama ada gel silika berupaya menyerap air lagi ataupun tidak. Gel silika tidak toksik, mempunyai luas permukaan yang besar dan tidak terbakar. Gel ini diperoleh daripada pengasidan natrium silikat denganasid sulfurik. Gel ilika juga dapat digunakan sebagai bahan penyokong mangkin yang lengai dan agen pengering bagi gas dan bahan farmasi. |