cylinder block | blok silinder | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian enjin yang mengandungi silinder-silinder, dan mungkin juga jaket penyejukan air dan tempat gear injap. |
radial engine | enjin jejarian | Kejuruteraan | Tiada | Enjin yang terbentuk daripada silinder-silinder yang tersusun secara jejarian pada jarak yang sama di sekitar aci engkol. |
petcock | pili kecil | Kejuruteraan | Tiada | Pili palam kecil untuk menyalirkan stim terpeluh wap daripada silinder-silinder enjin stim, atau untuk menguji aras air dalam dandang. |
cylindrical projection | unjuran silinder | Geografi | Tiada | Unjuran peta di mana sebuah glob seakan-akan dimasukkan ke dalam sebuah silinder, dan permukaan glob tersebut di unjurkan ke silinder tangen kepada permukaan silinder. |
rotating cylinder method | kaedah silinder berputar | Fizik | Mekanik | Kaedah mengukur kepekatan bendalir dengan menggunakan silinder sepusat. Dalam kaedah ini, bendalir diisikan ke dalam ruang di antara silinder sepusat, dan tork pada silinder sebelah dalam diukur apabila silinder luar diputarkan dengan kelajuan yang tetap. |
firebox | ruang bakar | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan yang dilingkungi penutup silinder, dinding silinder dan kepala omboh bagi enjin disel suntikan terus. |
cylinder | silinder | Matematik | Tiada | Pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk lengkung tertutup. Jika silinder itu mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulatan serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung, maka silinder itu disebut silinder tegak. |
cylinder head gasket | gasket kepala silinder | Kejuruteraan | Tiada | Gasket yang menutup kepala silinder enjin pada blok silinder. |
cylindrical coordinate | koordinat silinder | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sistem koordinat untuk menganalisis sistem berbentuk silinder (paip, tangki penyimpan, atau zarah berbentuk silinder) yang menggunakan arah paksi 3 matra z, jejari r, dan sudut berkutub q. Koordinat silinder dihubungkan dengan koordinat Cartesan sebagai x = r kos q, y = r sin q, z = z, ur = ux kos q + uy sin q, uq = -ux sin q + uy kos q, uz = uz, dengan u = halaju, r = jejari, q = sudut berkutub, x, y, z = jarak dalam arah paksi x, y, dan z, subskrip x, y, z = arah dalam paksi x, y, dan z, subskrip r, q, z = arah dalam paksi r, q, dan z. |
telescopic cylinder | silinder teleskopik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Penggerak linear berbilang silinder yang tersusun di dalam sarang atau silinder paling besar. Penggerak akan keluar satu demi satu sehingga lejang lengkap. Penggerak ini memberikan lejang kerja yang panjang dan kerap digunakan pada ruang pemasangan yang terhad panjangnya. Penggerak ini banyak terdapat pada mesin dan jentera berat seperti kren hidraulik. Oleh sebab kos yang tinggi, penggunaan penggerak ini digantikan dengan gabungan antara silinder tindakan kembar dengan mekanisme struktur gunting. |