agitated mill crusher | penghancur kisar teraduk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penghancur untuk zarah ultrahalus yang keras, seperti silika atau titania. Alat ini terdiri daripada satu silinder 1 � 300 gelen yang dilengkapi dengan bebilah. Buburan pepejal tersebut disuap di bahagian atas silinder dan dihancurkan oleh bebilah yang berputar lebih kurang 20 putaran/saat. Serbuk halus dalam bentuk buburan di keluarkan daripada bahagian bawah silinder. |
cylindrical component | komponen silinder | Kejuruteraan | Tiada | 1. Komponen-komponen vektor pada arah paksi-paksi sistem koordinat silinder.,2. Komponen struktur yang berbentuk silinder. |
bore | jara penjajaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Diameter bahagian dalam silinder enjin (2) Proses melarik untuk membesarkan dan melicinkan penjajaran lubang silinder |
side-wall core | teras sisi dinding | Kejuruteraan | Petroleum | Sampel formasi berbentuk silinder dan berukuran diameter 1 inci dan panjangnya 1 – 1½ inci, yang diambil dari dinding lubang telaga. Sampel ini didapatkan menerusi kaedah penerasan sisi dinding. |
labial reduction | pengurangan labial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
crossed cylinder | silinder bersilang | Fizik | Optik | Kanta nipis yang permukaannya merupakan sebahagian daripada bulatan silinder yang paksinya bersilang serenjang atau serong.1 Garis yang sentiasa serenjang dengan depan gelombang. 2 Arah rambatan gelombang elektromagnet. |
cylindroid | silindroid | Perubatan | Tiada | 1. Menyerupai, atau berbentuk silinder.,2. Batu di dalam urin. |
baton | baton | Sukan | Tiada | 1. Batang logam berbentuk silinder yang dipegang oleh peserta dalam acara lari berganti-ganti. Berat baton tidak kurang daripada 50 gm dan panjang tidak lebih daripada 30 cm. |
well | telaga/perigi | Geologi | Tiada | 1. Lubang, biasanya berbentuk silinder, yang digali atau digerudi ke dalam bumi untuk mendapatkan air.,2. Lubang yang digerudi dari permukaan bumi menembusi lapisan-lapisan batuan dengan tujuan untuk mencapai formasi yang mengandungi atau dijangka mengandungi minyak atau gas. |
F-1 method | kaedah F-1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah yang menentukan nombor oktana di dalam silinder piawaian yang dikendalikan dalam keadaan sederhana apabila keadaan permulaan ketuk ditentukan bagi kegunaan penyelidikan (RON). |