symbolism | simbolisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni dan kesusasteraan yang lahir di Rusia dan Belgium, kemudiannya telah dikembangkan di Perancis pada akhir abad ke -19. Dalam kesusasteraan, gaya pemikiran awal gerakan seni ini adalah berdasarkan hasil penerbitan Les Fleurs du mal (The Flower of Evil 1857) oleh Charles Baudelaire, yang menjadi sumber penting kepada gagasan pemikiran kiasan. Pada tahun 1980-an, keindahan gaya penulisan seperti ini telah dijadikan sebagai lunas pemikiran (manifesto) dan telah menarik minat ramai penulis pada ketika itu. Istilah "simbolis" telah pertama kali digunakan oleh pengkritik Jean Mor�as yang menggunakan istilah tersebut untuk membezakan simbolis daripada pemikiran yang berkaitan sastera dan seni. Simbolisme dalam seni bina pula merujuk kepada perlambangan seperti yang terdapat dalam seni bina Goth Romantisisme. |
symbolism | simbolisme | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
symbolism | simbolisme | Kesenian | Tiada | Seni lukis yang memaparkan sesuatu makna di sebalik simbol tertentu. |
hermeticism | hermetisisme | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif |
symbol | simbol | Kesusasteraan | Tiada | Suatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simb |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
modernism | modenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran seni dan sastera yang cuba mengubah norma dan nilai tradisi dengan teknik baharu dari segi bentuk dan struktur. Pada masa yang sama, aliran ini memberikan tumpuan kepada kesedaran subjektif individu serta keterasingannya. Unsur dalam aliran medonisme diterapkan dalam aliran lain seperti simbolisme, eksistensialisme dan surealisme. Modenisme mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan banyak mempengaruhi penulis pada abad ke-20. |
iconography | ikonografi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif. |