additive cement | simen bahan tambah | Kejuruteraan | Petroleum | Simen atau buburan simen yang telah dimasukkan bahan tambah. Penambahan bahan-bahan ini diperlukan untuk mendapatkan sifat-sifat simen tertentu, seperti simen yang lebih berat, simen dengan kehilangan bendalir rendah, simen dengan kekuatan tinggi, dan lain-lain. |
common cement | simen biasa | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : simen lazim 1) simen dari kelas A menurut pengelasan simen API. 2) Simen jenis I mengikut piawaian ASTM. (Simen jenis ini dibuat untuk digunakan pada kedalaman hingga 6000 kaki (1830 m) dan tidak diperlukan sifat-sifat khas, tersedia dalam jenis biasa sahaja. |
film thickness | ketebalan saput filem | Pergigian | Tiada | Ketebalan simen yang nipis dalam penyimenan restorasi seperti inlai, onlai, korona atau jambatan. Ketebalan simen yang baik untuk pelekatan restorasi adalah antara 40 ?m - 50 ?m. Ketebalan simen yang nipis penting bagi mengurangkan kegagalan pelekatan dalam fasa simen. Simen yang tebal mempunyai risiko kegagalan pelekatan yang tinggi. |
gel cement | simen gel | Kejuruteraan | Petroleum | Simen atau buburan simen yang telah diubahsuai dengan penambahan bentonit. Penambahan bentonit sering kali dilakukan untuk mengurangkan ketumpatan simen. |
cement system | sistem simen | Kejuruteraan | Petroleum | Buburan simen yang mengandungi simen, air, dan sama ada mengandungi bahan tambah atau tidak. Buburan simen ini akan digunakan dalam operasi penyimenan telaga. |
supersulphated cement | simen bersuper-sulfat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Simen yang mengandungi 80 � 85% sanga relau bagas dan 10 � 15% gipsum dengan campuran batu hangus simen portland sejumlah 5% yang bertindak sebagai penggiat. Simen supersulfat merupakan simen berhaba rendah dan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap sulfat, tanah gambut dan minyak. |
slow-set cement | simen keras perlahan | Kejuruteraan | Petroleum | Jenis simen yang masa pengentalannya diperlambatkan dengan cara mengurangi komponen-komponen yang cepat menghidrat di dalam kandungan simen tersebut, dengan penambahan bahan kimia perencat atau dengan menggunakan bahan simen yang mempunyai butiran yang lebih kasar. Antara contoh simen keras perlahan termasuklah simen kelas D, E dan F mengikut pengelasan API. |
latex cement | simen lateks | Kejuruteraan | Petroleum | Simen telaga minyak yang terdiri daripada campuran lateks, simen, bahan surfaktan dan air. Simen jenis ini dicirikan oleh ikatan yang kuat antara simen dengan bahan-bahan lain dan juga tahanannya terhadap pencemaran oleh minyak atau lumpur penggerudian. |
cement bond | ikatan simen | Kejuruteraan | Petroleum | Daya lekatan antara selongsong dengan simen dan antara simen dengan formasi. (Apabila selongsong diturunkan ke dalam telaga, ia disetkan atau diikatkan dengan formasi dengan menggunakan simen) |
salt cement | simen garam | Kejuruteraan | Petroleum | Simen yang tepu dengan garam. Simen jenis ini digunakan untuk penyimenan selongsong pada zon garam yang terdapatnya penggunaan simen dengan air tawar tidak akan memberikan ikatan simen yang kuat terhadap formasi. Garam yang digunakan adalah natrium klorida. |