epic simile | simile epik | Kesusasteraan | Tiada | Susunan simile panjang yang terdapat dalam karya epik. Simile epik berperanan sebagai suatu cara pencerita atau pengarang membuat perbandingan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan menarik. Perbandingan dibuat biasanya merujuk kepada perkara yang terdapat di dalam dan di luar karya epik, khususnya yang berkaitan dengan peristiwa, sejarah, amalan atau tatacara hidup masyarakat yang telah diketahui umum. Sinonim simile homerik. |
simile | simile | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�. |
homeric simile | simile homerik | Kesusasteraan | Tiada | Lihat simile epik. |
simile | simile | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik untuk mengekalkan gaya yang sama dari awal hingga akhir persembahan. Sinonim sim. |
simile | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempuyai sifat dan nilai yang sama, misalnya 'merdu bagai buluh perindu', 'garang seperti harimau' dan sebagainya. |
simile | kiasan | Linguistik | Tiada | Tiada |
simile | kiasan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
simile | kiasan | Sejarah | Tiada | Tiada |
trope | trop | Kesusasteraan | Tiada | Istilah umum untuk bahasa kiasan. Trop melencongkan makna perkataan daripada maknanya yang harfiah. Contohnya metafora, simile, ironi dan personifikasi yang biasa ditemui dalam puisi. Trop dalam bahawa Yunani bermaksud �belok�. Lihat juga ironi, metafora, simile. |
imagery | imejan | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam karya sastera. Contohnya, penggunaan simile dan metafora dalam penulisan puisi. Tujuannya untuk mewujudkan gambaran mental, rasa sesuatu benda, situasi, aksi atau keadaan. Imejan merupakan unsur penting dalam karya puisi, naratif, dan drama. Lihat juga metafora, simile. |