hyperopia | hiperopia | Fizik | Optik | Rabun dekat yang terjadi apabila sinar-sinar cahaya selari terfokus di belakang retina, dan bukannya pada retina itu sendiri. |
radiation | sinaran; penyinaran | Kejuruteraan | Tiada | Sinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.,Penyinaran: Pemindahan tenaga melalui gelombang, seperti sinar inframerah atau gelombang cahaya. |
radiation | sinaran; penyinaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.,Penyinaran: Pemindahan tenaga melalui gelombang, seperti sinar inframerah atau gelombang cahaya. |
conical refraction | biasan kerucut | Fizik | Optik | Biasan yang berkaitan dengan sinar yang menuju kepada permukaan hablur dwipaksi pada arah tertentu dan terurai kepada sinar-sinar di sepanjang kerucut. |
radiation | sinaran; penyinaran | Geografi | Tiada | Sinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah. |
Brewster angle | sudut Brewster | Kejuruteraan | Tiada | Sudut antara permukaan bahan lut sinar dengan garis normal sinar tuju bagi menghasilkan sinar bias dan sinar pantul yang serenjang. |
optical rangefinder | penentu julat optik | Fizik | Optik | Alat optik untuk mengukur jarak, biasanya dari kedudukan alat tersebut ke titik sasarannya dengan mengukur sudut antara sinar-sinar cahaya yang memasuki alat tersebut menerusi tingkap-tingkap yang berasingan dari sasarannya. Jarak di antara tingkap-tingkap tersebut merupakan jarak asas bagi alat ini. |
cassette | kaset | Kejuruteraan | Tiada | Bekas yang lut sinar kepada sinar x tetapi tidak lut sinar kepada cahaya biasa. |
Grenz ray | sinar Grenz | Fizik | Atom dan Nuklear | Sinar-X dengan jarak gelombang yang berada pada hujung spektrum sinar-X dengan julat dari 0.1 hingga 1nanometer. Sinar Grenz dihasilkan menggunakan tiub sinar-X yang khas yang beroperasi hanya pada voltan antara 5,000 hingga 15,000 volt. |
radiology | radiologi | Kejuruteraan | Tiada | Sains dan penggunaan sinar-X, sinar-gama dan sinaran-sinaran pengionan menusuk yang lain. |