Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan gejala atau tanda-tanda yg menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (spt sesuatu keburukan, masalah, dll): tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini; Menteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di ka­langan golongan profesional; ~ Down (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan tanda atau gejala yg menunjukkan terdapatnya sesuatu keadaan atau penyakit (spt sesuatu keburukan, masalah) yg dicirikan oleh tanda-tanda tertentu: Guru Besar bercakap ttg ~ malas membaca di kalangan para pelajar. Terdapat kes ~ kurang daya tahan penyakit yg dilaporkan di kawasan itu. ~ Down kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sindrom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thin ewe sindromsindrom bebiri betina kurusVeterinarTiadaTiada
paratrigeminal syndromesindrom paratrigeminalPerubatanTiadaSindrom sementara menyerupai sindrom Bernard-Horner, selalunya menyerang lelaki tua. Bercirikan ptosis dan miosis dengan tiba-tiba, sakit di sebelah kepala atau sakit di kawasan yang dibekalkan saraf trigeminal.
oculoauriculovertebral dysplasiadisplasia okuloaurikulovertebralPerubatanTiadaSindrom yang bercirikan sista dermoid epibulbar, fistula prafragus, ketaknormalan vertebra, tulang rusuk, komplikasi neurologi dan rencatan akal. Sinonim: sindrom goldenhor, sindrom okuloaurikulovertebral.
Down�s syndromesindrom DownBiologiGenetikSindrom pada manusia yang disebabkan oleh kelebihan satu kromosom 21. Sindrom ini dikaitkan dengan kerencatan otak, bentuk badan yang pendek, dan bentuk muka yang menyerupai orang Mongol. Sindrom ini juga dikenali sebagai trisomi 21 atau mongolisme (47, 21+).
Edward syndromesindrom EdwardBiologiGenetikSekumpulan kecacatan kongenital yang jelas pada manusia diakibatkan oleh lebih kromosom ke-18. sindrom trisomi 18, sindrom trisomi E1.
acid aspiration syndromesindrom aspirasi asidPerubatanTiadaSindrom yang dialami pesakit apabila tersedut asid gaster yang masuk ke dalam saluran pernafasan. Sindrom ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi respiratori. Sinonim sindrom Mendelson.
dead fetus syndromesindrom janin mati/sindrom fetus matiPerubatanTiadaTiada
cri-du-chat syndromesindrom cri-du-chatBiologiGenetikSindrom pada manusia yang disebabkan oleh kedefisienan pada lengan pendek kromosom 5. Sindrom ini dikaitkan dengan bayi yang dilahirkan kecil, lemah, terencat otak, dan cacat pada larinksnya sehingga menghasilkan tangisan yang berbunyi seakan-akan bunyi mengiau anak kucing. sindrom kenan kucing.
methaemoglobinaemiametheamoglobinemiaKejuruteraanTiadaSindrom yang dirujuk sebagai sindrom bayi biru yang berlaku akibat keracunan nitrat kerana badan gagal mendapat oksigen yang diperlukan.
neuropolyendocrine syndromesindrom neuropoliendokrinPerubatanTiadaSindrom yang bercirikan neuroma mukosa berbilang, karsinome medula tiroid feokromositoma adrenal. Sinonim: Sindrom Sipple.
12345678910...

Kembali ke atas