Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ner.gi] | سينرݢي

Definisi : 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan pa­duan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama an­tara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ner.gi] | سينرݢي

Definisi : 1 tindakan bersama dua atau lebih bahan, otot, dll utk menghasilkan tindakan padu yg lebih berkesan berbanding dgn tindakan bahan dll secara berasingan. 2 usaha sama antara individu, organisasi dll yg hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tsb dilakukan secara sendirian: ~ antara agensi menjadi penting utk melicinkan operasi jentera kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sinergi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synergysinergiPengurusanPerancanganKeadaan apabila prestasi yang melebihi daripada jangkaan dan mampu dihasilkan oleh organisasi dengan menyatukan individu atau sumber serta menggembleng keupayaan secara kerjasama. Lazimnya, sinergi boleh ditunjukkan dalam bentuk analogi �kesan 2+2=5�, iaitu hasil yang diperoleh melebihi daripada yang sepatutnya. Matlamat utama pencapaian sinergi dalam organisasi adalah untuk penggunaan tenaga kerja dan sumber lain secara cekap dan optimum.
synergysinergiEkonomiTiadaTiada
synergysinergiPentadbiranPengurusan-
synergysinergiBiologiFisiologilih. sinergisme
synergysinergiSains SukanBiomekanikKeadaan apabila dua atau lebih otot menguncup pada sendi yang sama, menyebabkan sesuatu pergerakan berlaku.
synergysinergiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauInteraksi dua atau lebih bahan atau agen lain untuk menghasilkan kesan yang lebih besar berbanding kesan apabila berasingan. Contohnya, penggunaan mangkin dalam sistem tindak balas kimia.
social synergysinergi sosialSosiologiTiadaTiada
management synergysinergi pengurusanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
investment synergysinergi palaburanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
synergy criterionkriteria sinergiEkonomiTiadaTiada
12

Kembali ke atas