dry sink | singki kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Singki dapur yang diperbuat daripada kayu, terutamanya pada abad ke-19 di Eropah. Singki kering tidak disambung dengan sebarang bekalan air. Singki ini mempunyai penutup zink pada bahagian atas yang menjadi tempat meletakkan pinggan mangkuk. Bahagian bawah singki pula terdapat ruang yang dijadikan almari kecil. Singki kering juga boleh dijadikan kaunter minuman atau tempat meletakkan pokok hiasan. |
waste grating (sink) | penapis salur (sink) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat yang berjaring yang diletak pada lubang saluran singki, untuk menapis sampah dan sisa makanan daripada masuk ke saluran singki |
drain board | pelantar singki | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
ultimate heat sink | singki haba muktamad | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Persekitaran yang bertindak selaku penyerap haba yang terakhir daripada loji atau peranti tanpa perubahan suhu yang ketara. |
plug (sink) | sumbat (sink) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menyumbat lubang singki. |
bathroom | bilik air | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bilik yang dilengkapi dengan kemudahan, seperti tandas, singki, tab mandi dan pancuran, yang digunakan untuk membersihkan diri. |
sink basket | bakul sampah sink | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bakul sampah untuk mengisi segala kekotoran semasa mencuci pinggan-mangkuk yang terletak berhampiran dengan singki. |
tertiary cooling system | sistem penyejukan tertier | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Litar yang ketiga dalam sistem penyejukan reaktor yang memindahkan haba daripada sistem penyejukan sekunder kepada singki haba muktamad. |
secondary cooling system | sistem penyejukan sekunder | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Litar yang kedua dalam sistem penyejukan reaktor yang memindahkan haba daripada sistem penyejukan primer kepada sistem penyejukan tertier atau singki haba muktamad. |