cynic | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Sinis: Orang yang suka mengejek-ejek, memerli, mempersenda dan lain-lain. |
cynical | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Bersifat sinis, jahat mulut, busuk hati, bisa mulut dan memandang rendah. |
cynical | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
cynic | sinis | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
cynical | sinis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair untuk melahirkan unsur mengejek, mencemuh, memalukan atau mempersenda sesuatu atau seseorang. Walaupun unsur tersebut disampaikan dalam suasana bersahaja atau tersenyum, namun apabila dibacakan, kesannya kepada khalayak cukup ketara. Contohnya, puisi "Pak Kaduk Kembali ke Gelanggang" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya A. Wahab Ali. |
backhanded compliment | pujian sinis | Psikologi | Tiada | Perilaku memuji seseorang tetapi mengandungi sindiran atau unsur penghinaan yang tersembunyi. |
barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan, frasa ataupun kalimat yang kasar, keras, marah� marah dan sinis yang tajam dalam penciptaan sesebuah puisi terutama puisi moden. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |
tone | nada | Kesusasteraan | Puisi | Tinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata. |
oral stage | peringkat oral | Psikologi | Psikologi Umum | Peringkat awal kehidupan bayi yang banyak menumpukan perhatian kepada peranan mulut sebagai alat melahirkan keseronokan. Menurut Freud, sekiranya seseorang bayi kecewa atau makan dengan banyak, maka bayi itu dikatakan akan mempunyai trait mulut. Individu yang mempunyai trait mulut apabila dewasa akan memperlihatkan personaliti yang berkait dengan mulut seperti menggigit kuku semasa dalam keadaan tegang, pelahap semasa makan, suka bertengkar, sinis atau kuat mengumpat. |