purity standard | piawai ketulenan | Pertanian | Agronomi | Ukuran atau nilai piawai yang telah ditetapkan oleh organisasi seperti SIRIM atau ISTA (International Seed Testing Association), sebagai nilai minimum untuk melepasi keperluan pengguna. Contohnya, piawai ketulenan biji benih termasuk ciri keseragaman, ketulenan, kestabilan dan baka biji benih yang tulen mengikut piawai ditetapkan. |
registered seed | biji benih berdaftar | Pertanian | Agronomi | Biji benih yang dihasilkan daripada progeni pembiak baka yang telah diproses mengikut prosedur yang telah ditentusahkan ketulenannya oleh sesebuah agensi. Contohnya, MARDI mengeluarkan biji benih betik eksotik yang didaftarkan oleh SIRIM. |
seed testing | pengujian biji benih | Pertanian | Agronomi | Kaedah piawai untuk menguji kualiti biji benih. Pengujian ini termasuk ujian ketulenan, peratus percambahan, kedormanan dan peratus benda asing. Kaedah ini dikawal oleh badan berkuasa seperti International Seed Testing Association (ISTA) dan SIRIM. |
International Organization for Standards (ISO) | Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO) | Komunikasi | Korporat | Badan bebas yang menentukan dan memberikan pengiktirafan standard kualiti piawai pengurusan organisasi dan barangan. Badan ini diwujudkan di Switzerland pada tahun 1947. Misi utamanya adalah untuk mempromosikan pembangunan pemiawaian dan aktiviti berkaitan dalam organisasi di seluruh dunia. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk memastikan keluaran barangan dan perkhidmatan organisasi mempunyai standard yang sama dan diiktiraf. ISO akan memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan pada peringkat antarabangsa dan membentuk kerjasama dalam bidang intelektual, saintifik, teknologi, dan aktiviti ekonomi. Di Malaysia, badan yang mempunyai fungsi yang sama dikenali sebagai SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Setiap organisasi yang mahu mendapatkan pengiktirafan piawaian terhadap barangan dan perkhidmatan, perlu melalui organisasi ini. Peringkat proses untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut adalah dengan menetapkan standard yang dibentuk sendiri oleh organisasi berkenaan. Kemudian, |