variance | varians | Kimia | Kimia Analisis | Kuasa dua sisihan piawai. bd. sisihan piawai. |
effective standard deviation | sisihan piawai berkesan | Kejuruteraan | Tiada | Sisihan piawai pemancar neutron kurang daripada +3% dan -3%. |
standard deviation | sisihan piawai | Kimia | Kimia Analisis | Punca kuasa dua positif nilai yang dijanakan daripada kuasa dua perbezaan perubahan rawak dengan minnya. Sisihan piawai ini digunakan untuk menggambarkan kepresisan suatu set data. bd. kepresisan. |
precision | kepresisan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran kebolehulangan suatu hasil. Ia menyatakan berapa hampir satu nilai daripada nila-nilai lain dalam setnya. Ia boleh dinyatakan sebagai sisihan, purata sisihan, sisihan piawai atau julat. |
degree of mixing | darjah pencampuran | Farmasi | Farmaseutik | Indeks pencampuran antara nisbah sisihan piawai sesuatu sampel campuran yang diambil secara rawak dibandingkan dengan sisihan piawai sebenar yang telah ditentukan pada sistem campuran separa. |
correlation index | indeks korelasi | Hidrologi | Tiada | Bagi lengkung regresi y terhadap x, indeks ini dinyatakan sebagai persamaan: S dan s adalah sisihan piawai reja dan sisihan piawai taburan sut (Chow) |
central limit theorem | teorem had memusat | Perubatan | Tiada | Teorem yang menyatakan bahawa sesuatu kumpulan induk penduduk bermin u dan sisihan piawai, akan menghasilkan sampel bermin dan sisihan piawai yang sama dengan kumpulan induk. |
standard deviation | sisihan piawai | Psikologi | Psikologi Umum | Ukuran variasi yang boleh memperlihatkan jumlah variasi dalam kalangan skor. Contohnya, jika skor daripada kajian psikologi tentang motivasi tidak berhimpun dekat dengan min, maka sisihan piawainya besar. Begitu juga jika skor sisihan piawai kecil, maka skor motivasi kajian tersebut tidaklah terlalu berbeza antara satu sama lain. |
standard deviation | sisihan piawai | Geografi | Tiada | Tiada |
standard deviation | sisihan piawai | Kependudukan | Tiada | Tiada |