sitar | sitar | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badan dan lehernya yang panjang diperbuat daripada kayu. Lehernya berfret dan mempunyai tujuh utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Tali dipetik dengan plektrum untuk menghasilkan melodi dan dron. Beberapa utas tali yang dikenali sebagai tali bergema simpatetik dipasang pada badan dan akan bergetar apabila tali tersebut dipetik. Sitar |
sitar (In) | sitar | Kesenian | Tiada | Alat tali yang dipetik. |
vina (In) | vina | Kesenian | Tiada | Sitar dari India. |
venna (In) | venna | Kesenian | Tiada | Sitar dari India. [Sinonim dengan istilah vina]. |
dilruba (In) | dilruba | Kesenian | Tiada | Sitar yang digesek. |
surbahar | surbahar | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Alat muzik ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan sitar tetapi bersaiz besar. Surbahar yang terdapat di India Utara dimainkan dalam tradisi muzik klasik Hindustani. Lihat juga sitar. |
alap | alap | Muzik | Tiada | Melodi tidak bermeter yang diimprovisasikan pada permulaan muzik klasik Hindustani di India Utara. Alap menunjukkan struktur dan perasaan raga. Alap dimainkan oleh alat melodi seperti sitar sebelum komposisi lagu bermula dan tidak diiringi alat dram. Di India Selatan, alap dikenali juga sebagai alapana. Alap dimainkan dalam alat melodi seperti vina. |
dangdut | dangdut | Muzik | Tiada | Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani. |