Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tanya jawab (dlm surat khabar, majalah, dll); 2. perbahasan, perdebatan; 3. temu ramah, temu bual, wawancara; 4. temu duga; bersoal jawab bertanya jawab, berbahas, bertengkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catechismsoal jawabSejarahTiadaPengajaran lisan secara soal jawab biasanya dalam kelas agama dan moral.
question and answersoal jawabKomunikasiKorporatProses komunikasi dua hala antara sumber degan penerima maklumat. Proses ini merupakan amalan asas pelaksanaan komunikasi bersemuka yang membolehkan kedua-dua pihak bersoal jawab bagi menjelaskan kenyataan dan persoalan yang kabut atau tidak mantap. Dalam komunikasi korporat, proses ini boleh berlaku semasa sidang media antara pihak pengurusan atasan dengan pihak media, antara pelanggan dengan pihak syarikat atau organisasi, dalam mesyuarat di peringkat jabatan, dan antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui bersama. Selain menggunakan kaedah rasmi, soal jawab boleh berlaku melalui elektronik atau pertemuan di kaunter pertanyaan.
question and answersoal-jawabPendidikanTiadaTiada
question-and-answer methodkaedah soal jawabPendidikanTiadaKaedah mengajar dan menilai pelajar melalui siri soalan yang dikemukakan dan dijawab secara lisan.
catechismuscatechismusKesusasteraanTiadaSesuatu teks yang berhubungan dengan soal jawab agama. Contoh: Kitab Seribu Masalah.
circuit timemasa maklum balasPendidikanTiadaMasa yang diambil oleh guru untuk memberi maklum balas tentang tugasan, soal jawab dan sebagainya kepada pelajar dalam sistem pendidikan jarak jauh.
calypsocalypsoMuzikTiada

 Lagu popular rakyat Trinidad dan Jamaica yang bersinkopasi dan diimprovisasikan. Melodinya bercorak soal jawab dan liriknya bertemakan kehidupan rakyat serta komentar politik. Ensembelnya terdiri daripada alat muzik seperti dram besi, liub buluh, wisel timah dan gitar.

news conferencesidang beritaKomunikasiTiadaPertemuan yang diadakan dengan para wartawan untuk menyampaikan maklumat penting yang perlu disebarkan segera. Dalam pertemuan ini, sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapat liputan media massa mengenai sesuatu perkara. sidang media, sidang akhbar, sidang berita.
online helpbantuan dalam talianTeknologi MaklumatTiadaBantuan yang diperoleh dengan merujuk manual, pertanyaan melalui telefon ataupun rujukan menerusi Internet. Bantuan yang diperoleh melalui internet mungkin dalam bentuk rujukan manual elektronik, FAQ, soal jawab interaktif, e-mel dan lain-lain. Bantuan ini amat diperlukan oleh pengguna yang menghadapi masalah menggunakan komputer, peranti komputer, dan perisian. Contoh laman www.dbp.gov.my yang menyediakan bantuan dalam talian berkaitan ejaan.
media briefingtaklimat mediaKomunikasiKorporatSesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi.
12

Kembali ke atas