Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.go.kan]/[so.go/.kan] | سوݢوقن

Definisi : wang rasuah (suap); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.go.kan]/[so.go/.kan] | سوݢوقن

Definisi : wang sogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sogokan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
briberysogokanUndang-undangTiadaMemberi atau menerima sesuatu yang bernilai dengan sukarela sebagai bayaran untuk mempengaruhi supaya membuat atau akan membuat sesuatu kerja, tindakan atau keputusan memihak pemberi sogokan itu.
briberysogokanPendidikanTiadaTiada
briberysogokanPentadbiranTiadaTiada
cheque book journalismkewartawanan sogokanKomunikasiTiadaPenulisan berita, yang bahannya diperoleh daripada sesuatu sumber setelah memberi ganjaran tertentu.
invocationseru pujaKesusasteraanTiadaJampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri.
briberyrasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

bureaucratic corruptionrasuah birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi


Kembali ke atas