Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lé/] | سوليق

Definisi : (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wa­nita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lé/] | سوليق

Definisi : /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solek
Kata Terbitan : bersolek,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preciositygaya solekKesusasteraanTiadaGaya solek: Gaya memilih kata-kata yang sukar dan kadang-kadang salah dalam penulisan.
make-up kitkit alat solekPentadbiran PerniagaanTiadaKit yang mengandung peralatan alat solek seperti bedak, gincu dan maskara.
make-upalat solekKesenianDrama dan TeaterBahan tatarias yang digunakan di bahagian muka, leher dan anggota-anggota yang kelihatan kepada penonton dalam seni persembahan drama atau teater. Alat solek digunakan untuk memberi pemahaman dan penjelasan watak yang sedang dimainkan kepada penonton.
make-upmekap; hiasanPentadbiran PerniagaanTiadaMekap: 1. Alat solek seperti bedak, gincu dan maskara.,2. Perbuatan menghias diri dengan alat-alat solek.
corrective make upsolek pembetulanKomunikasiTiadaTiada
powder roomruang solekPentadbiran PerniagaanTiadaRuang untuk bersolek di bilik air.
character make-upsolek watakKomunikasiTiadaTiada
compact (cosmetics)cembul solekEkonomiTiadaTiada
character make-upsolek watakKejuruteraanTiadaTiada
pan stickruas solekKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas