Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.sa.ngan] | سوڠسڠن

Definisi : sesuatu yg tersongsang, kebalik­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.sa.ngan] | سوڠسڠن

Definisi : sesuatu yg songsang letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inversionsongsanganMeteorologiMeteorologi PerhubunganPengurangan atau Penambahan nilai sifat atmosfera mengikut ketinggian yang menyimpang daripada keadaan biasa; dan juga lapisan yang dalamnya penyimpangan ini berlaku (lapisan songsangan), atau ketinggian yang paling rendah yang terdapat perubahan (dasar songsangan). Istilah ini hampir selalunya bermaksud songsangan suhu; walau bagaimanapun, istilah ini digunakan juga untuk songsangan lengas dan songsangan kerpasan.
inversionsongsanganSainsHidrometeorologiPengurangan atau penambahan biasa nilai suatu sifat atmosfera mengikut ketinggian; dan juga lapisan yang dalamnya perubahan berlaku (lapisan songsangan), atau ketinggian yang paling rendah yang terdapat perubahan (dasar songsangan). Istilah ini hampir selalunya bermaksud kebalikan suhu; walau bagaimanapun, istilah ini digunakan juga untuk songsangan lengas dan songsangan kerpasan.
inversionsongsanganBiologiGenetikPenyusunan semula turutan linear gen pada kromosom yang berlaku apabila satu keratan kromosom itu telah dibalikkan. Jika keratan yang dibalikkan itu mengandungi sentromer, maka songsangan itu dinamai songsongan perisentromer, dan jika keratan itu tidak mengandungi sentromer, maka songsangan itu dinamai songsangan parasentromer.
overlapping inversionsongsangan bertindanBiologiGenetikSongsangan pada kromosom yang dihasilkan apabila berlaku songsangan kedua yang melibatkan sebahagian daripada keratan songsang pertama.
subsidence temperature inversionsongsangan suhu surutKejuruteraanTiadaSongsangan suhu yang terbentuk dalam atmosfera pada jarak jauh daripada permukaan bumi. Songsangan berlaku akibat kejatuhan udara secara perlahan yang menjadi panas disebabkan mampatan adiabatik.
trade wind inversionsongsangan angin pasatMeteorologiMeteorologi PerhubunganSongsangan suhu yang berlaku dalam jalur udara angin pasat yang disebabkan oleh ataman udara dari aras tinggi. Songsangan ini memisahkan udara angin pasat dengan udara yang kering dan panas di atasnya.
harmonic meanmin harmonikKejuruteraanKejuruteraan KimiaSongsangan min aritmetik bagi data songsangan dan digunakan untuk mendapatkan data songsangan purata.
radiation inversionsongsangan sinaranSainsHidrometeorologiSongsangan suhu melalui lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari permukaan bumi. Keadaan ini terjadi dalam malam sinaran di permukaan daratan akibat penyejukan sinaran permukaan. Ketebalan lapisan songsangan akan bertambah mengikut perjalanan malam disebabkan oleh pengaliran haba ke bawah dari atmosfera.
precipitation inversionsongsangan kerpasanMeteorologiMeteorologi PerhubunganFenomena di kawasan berbukit yang berupa pengurangan kerpasan dengan pertambahan aras ketinggian. Pada beberapa ribu kaki pertama, kerpasan bertambah dengan ketinggian sehingga mencapai zon kerpasan maksimum dan selepas itu berlaku songsangan kerpasan, Juga disebut songsangan curahan hujan.
balancer chromosomekromosom pengimbangBiologiGenetikKromosom yang mempunyai gen maut resesif dan songsangan untuk menghalang rekombinasi. Songsangan menentukan gen maut resesif sentiasa berada dalam keadaan heterozigot.
12345678910...

Kembali ke atas