Karya yang bertekstur contrapunctus bagi tiga atau lebih lapis suara secara soprano, alto, tenor, dan bes. Fuga mengandungi beberapa eksposisi dan episod yang berlaku secara berselang-seli. Tekstur juga berdasarkan satu tema yang dikenali sebagai subjek atau sahutan. Penyertaan suara pertama mcmperkenalkan subjek dalam nada tonik. Manakala penyertaan suara kedua pula menyampaikan sahutan, iaitu subjek dalam nada dominan. Subjek mungkin diiringi satu melodi khas yang dikenali sebagai kaunter subjek. Bahagian yang mengandungi subjek dikenali sebagai eksposisi manakala bahagian tanpa subjek dikenali sebagai episod. Pada Zaman Barok, sebuah fuga didahului satu prelud yang berfungsi sebagai gerakan pengenalan. Contohnya, Prelude and Fugue, C major, BWV 846 daripada Das Wohltemperierte Klavier {1722) oleh J.S. Bach.
Thanks for clicking. That felt good.