chilli sauce | sos cili | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
� agro-based industry | industri berasaskan pertanian | Pertanian | Agroteknologi | Sektor pembuatan yang menggunakan bahan mentah daripada hasil pertanian. Contohnya, industri pemprosesan makanan yang menghasilkan produk seperti jus buah-buahan, sos tomato, sos cili, coklat, biskut, jem, keju, kek dan berbagai-bagai makanan lain yang diproses daripada bahan mentah pertanian. Industri seperti ini meluaskan pasaran hasil pertanian dengan meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah pertanian. Industri berasaskan pertanian juga merangkumi industri yang membekalkan input pertanian seperti baja, racun serangga, racun herba dan jentera pertanian. |
preservative | pengawet | Biologi | Ekologi | Bahan kimia yang digunakan untuk mengawal atau mencegah makanan, minuman, dan bahan lain yang disimpan daripada dirosakkan mikroorganisma. Misalnya, natrium benzoat yang digunakan sebagai bahan awet dalam sos cili. |
contract farming | perladangan kontrak | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri. |
Howard mould count | kiraan kulapuk Howard | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kaedah mengira hifa, iaitu kulapuk berfilamen tiub melalui pencerapan sampel pada slaid kaca khas di bawah mikroskop. Peratusan bilangan hifa pada setiap medan positif. Slaid yang digunakan dikenali sebagai slaid Howard, sel Howard ataupun kebuk Howard. Kaedah ini digunakan untuk menghitung kulapuk dalam makanan seperti sos tomato atau sos cili. |
cocktail sauce | sos koktel | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada campuran mayones, sos tomato, cili dan jus oren. |
Worcestershire sauce | sos Worcestershire | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada campuran cili, cuka, gula, garam dan rempah untuk masakan atau dimasukkan ke dalam sos tomato sebagai minuman. |
worcester sauce | sos worcester | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada campuran cili, cuka, gula, garam dan rempah untuk masakan atau dimasukkan ke dalam sos tomato sebagai minuman |