sociocultural | sosiobudaya | Kependudukan | Tiada | Tiada |
sociocultural dualism | dualisme sosiobudaya | Ekonomi | Tiada | Tiada |
sociocultural condition of economic development | syarat sosiobudaya dalam pembangunan ekonomi | Ekonomi | Tiada | Tiada |
isoplet | isoplet | Sosiolinguistik | Tiada | Garis tanda had ciri linguistik dilihat berkaitan dengan ciri sosiobudaya yang releven. |
communication gap | jurang komunikasi | Komunikasi | Tiada | Halangan yang wujud dalam proses komunikasi. Halangan ini terbentuk kerana perbezaan latar belakang sosiobudaya, ekonomi dan politik yang menyebabkan timbulnya jurang kefahaman terhadap sesuatu mesej. |
wau gubah | wau gubah | Kesenian | Tiada | Wau yang direka mengikut daya cipta pembuatnya sendiri lazimnya berunsur tumbuhan, haiwan, peralatan sosiobudaya, ciptaan sains dan teknologi dan alam khayalan. |
social marketing | pemasaran sosial | Komunikasi | Korporat | Program komunikasi pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mewujudkan dan mengekalkan sikap dan perlakuan positif terhadap isu sosial, seperti pengekalan nilai sosiobudaya yang murni, pemeliharaan sumber asli, dan perlindungan alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu kaedah perhubungan awam yang boleh membantu mengekalkan dan mengukuhkan citra organisasi. Aktiviti penyebaran maklumat dilakukan menggunakan pendekatan pemasaran, iaitu maklumat dan objektif dilihat sebagai suatu barangan yang perlu dipasarkan. Hasil pemasaran barangan diukur sebagai keuntungan kepada organisasi. Pemasaran sosial juga merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti pengiklanan korporat dan tanggungjawab sosial korporat organisasi. |
primary demand/ generic demand | permintaan asas | Komunikasi | Korporat | Jenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik. |
social control | kawalan sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Mekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat. |
macro environment | persekitaran makro | Pengurusan | Perancangan | Faktor persekitaran umum yang berada di luar lingkungan medan operasi sesebuah organisasi yang boleh menjejaskan kedudukan perniagaan organisasi tersebut dan industri yang berkaitan. Faktor ini terdiri daripada beberapa aspek yang tidak boleh dikawal oleh sesuatu entiti, malah dipengaruhi oleh pelbagai pihak yang terlibat. Contohnya, kesan daripada aspek politik, ekonomi, sosiobudaya, teknologi, persekitaran semula jadi, dan perundangan kepada sesebuah organisasi perniagaan dan industri. Banding persekitaran mikro. |