Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.ku.la.si] | سڤيکولاسي

Definisi : (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.ku.la.si] | سڤيکولاسي

Definisi : /spékulasi/ 1 pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi ber­kemungkinan mendapat untung yg banyak: Permintaan wang utk tujuan ~ lebih bermotifkan keuntungan. 2 pen­dapat, kesimpulan, dugaan dll yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta: Itu merupakan ~ yg menjadi cabaran kpd pasukan merah kuning utk membuktikan keunggulannya sbg penyandang Piala Malaysia. berspekulasi membuat spe­ku­lasi: Saya tak ingin ~ lebih lanjut lagi ttg perkara itu. menspekulasikan menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuah­kan hasil spt yg dispekulasikan. pen­spekulasi orang yg membuat speku­lasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spekulasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
speculationspekulasiPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi pelaburan yang mementingkan kenaikan harga daripada pendapatan dalam jangka masa pendek di samping sanggup menanggung risiko yang tinggi.
speculationspekulasiPendidikanTiadaKaedah membuat ramalan atau agakan berlandaskan maklumat yang sesuai.
speculationspekulasiEkonomiTiadaTiada
speculative issueskeluaran spekulasiPentadbiran PerniagaanTiadaKeluaran setem yang melibatkan pembelian yang banyak dengan harapan untuk mendapat keuntungan ketika perubahan nilai setem berlaku kelak.
speculative balancebaki spekulasiPentadbiranTiadaPenyelanggaran baki tunai dengan tujuan mengambil kesemparan daripada peluang pelaburan yang tidak dijangkakan.
speculative motivemotif spekulasiPentadbiranTiadaAlasan untuk melabur dalam sekuriti sementara menunggu kegunaan yang sesuai untuk lebihan tunai yang ada.
speculative balancebaki spekulasiEkonomiTiadaTiada
speculative motivemotif spekulasiEkonomiTiadaTiada
overwritingterlebih terbitPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik spekulasi digunakan oleh penjual opsyen yang mempunyai kepercayaan bahawa harga sesuatu sekuriti adalah terlalu tinggi dan dengan itu menerbitkan opsyen jual atau opsyen beli dalam jumlah yang banyak dengan harapan harga sekuriti sandarannya akan turun semula dan opsyen tidak akan dilaksanakan.
columnkolumKomunikasiTiadaRuangan karya tulisan yang mengandungi interpretasi, spekulasi dan pendapat peribadi penulis yang dimuatkan di dalam media cetak.
123

Kembali ke atas