spermatozoa | spermatozoa | Veterinar | Praklinikal | Sel germa jantan yang terhasil daripada perkembangan spermatid melalui proses spermiogenesis. Spermatid berbentuk bulat ini akan hilang sebahagian besar sitoplasmanya untuk menjadi spermatozoa yang berbentuk berudu. Spermatozoa terbahagi kepada kepala; bahagian tengah dan ekor. Kepala yang bernukleus mengandungi maklumat genetik. Bahagian tengah mengandungi mitokondria yang membekalkan tenaga untuk pergerakan. Ekor pula menggerakkan spermatozoa. |
spermatozoa | spermatozoa | Perikanan | Tiada | Tiada |
spermatozoa | spermatozoa | Perubatan | Tiada | Tiada |
spermatozoon (spermatozoa) | spermatozoon (spermatozoa) | Kependudukan | Tiada | Tiada |
Christmas tree staining | pewarnaan pokok Krismas | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pewarnaan yang digunakan untuk mewarnakan spermatozoa dalam pemeriksaan serologi forensik. Kaedah ini melibatkan langkah pewarnaan dengan warna utama diikuti dengan pewarnaan balas. Pewarna yang dikenali sebagai nuclear fast red akan mewarnakan kepala spermatozoa yang kaya dengan DNA menjadi warna merah. Ini diikuti dengan pewarnaan balas dengan menggunakan pewarna yang dikenali sebagai PIC (picric acid-indigocarmine) yang akan mewarnakan ekor spermatozoa menjadi warna hijau kebiruan. |
hypergamesis | hipergamesis | Biologi | Entomologi | Penyerapan spermatozoa secara berlebihan oleh serangga betina semasa pengovipositan untuk digunakan sebagai nutrien. |
azoospermia | azoospermia | Perubatan | Tiada | Keadaan tiadanya spermatozoa di dalam mani atau kekurangan aktiviti fungsiannya. |
dysspermia | disspermia | Perubatan | Tiada | Keadaan sperma atau spermatozoa yang tidak sempurna. |
acrosome | akrosom | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organel di hujung spermatozoa yang menghadamkan selaput telur supaya sperma dapat masuk dan bersenyawa. jasad apeks; adiosferosom; perforatorium. |
capacitation | kapasitasi | Veterinar | Praklinikal | Peringkat terakhir dalam proses pematangan spermatozoa mamalia yang membuatkannya berupaya untuk mempersenyawakan ovum. Kapasitasi merupakan suatu proses biokimia yang berlaku dalam trakus pembiakan betina. |