Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n tajaan: we wrote to the Council requesting ~ for our trip, kami menulis kpd Majlis itu utk memohon tajaan bagi perjalanan kami; under the ~ of, atas tajaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sponsorship


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
participating sponsorshiptajaan bersamaKomunikasiTiadaTiada
alternate sponsorshippenaja selangKomunikasiTiadaPihak pengiklan atau penaja yang berkongsi dengan penaja atau pengiklan lain untuk membiayai kos masa penyiaran sesuatu rancangan.
corporate sponsorshiptajaan korporatKomunikasiKorporatUsaha menyokong sesuatu aktiviti berkepentingan awam yang diberikan oleh syarikat atau organisasi swasta. Sokongan boleh berbentuk kewangan, pembiayaan projek secara langsung seperti pemuliharaan alam sekitar, pembinaan kemudahan awam seperti perhentian bas dan pondok polis, serta penajaan majlis dan acara yang berkaitan dengan kepentingan awam. Tajaan korporat boleh dilakukan secara persendirian dan bersama. Contohnya, tajaan sesuatu acara mungkin dilakukan oleh syarikat A sahaja secara bersendirian atau gabungan syarikat A, B, dan C secara bersama. Bagi penerima tajaan, aktiviti ini boleh meringankan kos pengurusan sesuatu acara atau projek. Bati pemberi tajaan, penglibatan tersebut boleh meningkatkan citra korporat di samping boleh mengurangkan beban tanggungan cukai.
advertising sponsorshiptajaan iklanEkonomiTiadaTajaan sesebuah syarikat dengan bayaran tertentu bagi sesuatu program atau acara, biasanya program amal dengan tujuan mengiklankan syarikat.
advertising sponsorshiptajaan iklanKomunikasiTiadaTajaan sesebuah syarikat dengan bayaran tertentu bagi sesuatu program atau acara, biasanya program amal dengan tujuan mengiklankan syarikat.
commercial sponsorshiptajaan komersialEkonomiTiadaTajaan sesebuah syarikat bagi sesuatu program atau acara dengan tujuan mendapatkan keuntungan melalui pemasaran barangan atau perkhidmatan syarikat.
commercial sponsorshiptajaan komersialKomunikasiTiadaTajaan sesebuah syarikat bagi sesuatu program atau acara dengan tujuan mendapatkan keuntungan melalui pemasaran barangan atau perkhidmatan syarikat.
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja hal
full-program sponsorshippenajaan program penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.

Kembali ke atas