Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stan.za] | ستنزا

Definisi : rangkap (sajak) yg terdiri drpd sebilangan tertentu baris, bait (sajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stanza


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stanzastanzaKesusasteraanTiadaSatu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya.
stanzastanzaKesusasteraanTiadaTiada
ballad stanzastanza baladaKesusasteraanTiadaTiada
ballad stanzarangkap baladaKesusasteraanTiadaBalada rakyat atau yang popular, yang dihasilkan dalam bentuk stanza, mengandungi empat baris dengan rima, abab, baris pertama dan ketiga mempunyai empat suku kata ditekankan manakala baris kedua dan keempat mempunyai tiga suku kata.
sestinasestinaKesusasteraanTiadaSajak yang mengandungi stanza enam, enam baris dan tiga baris terakhir dalam stanza keenam adalah sebagai envoi.
canzonekanzonKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang mengandungi beberapa stanza yang seimbang dan envoi yang mempunyai baris yang kurang dari stanza.
vilanellevilanelaKesusasteraanTiadaLima tiga baris stanza atau rangkap tiga dan akhir empat. Baris pertama dan baris ketiga rangkap tiga yang pertama bersilang diikuti stanza yang baris ulangnya membentuk kuplets akhir. Bentuk ini telah ditetapkan oleh Jean Passera 1534 - 1602 sebagai tahap yang standard.
chain rhymerima berangkaiKesusasteraanTiadaRima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kep
ballade (It)balladeKesusasteraanTiadaBentuk puisi Perancis yang popular, yang mengandungi tiga stanza dan satu envoi, dan bilangan baris dalam tiap stanza dan bilangan suku kata dalam tiap baris berbeza.
sapphic stanzarankap sepphornKesusasteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas