storage virtualization | kemayaan storan | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses pengabstrakan storan logik daripada storan fizikal. Pengabstrakan ini melibatkan sebarang lapisan dalam perisian dan perkakasan storan. Kemayaan storan membantu mencapai sebarang lokasi melalui pengabstrakan lokasi fizikal data tersebut. Sistem kemayaan memberikan pengguna ruang logik storan data dan seterusnya mengendalikan proses pemetaan kepada lokasi fizikal yang sebenar. Pemetaan ini bergantung pada implementasi yang dipilih dan kadangkala mengehadkan keupayaan peranti tersebut. |
secondary storage | storan sekunder | Pendidikan | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |
secondary storage | storan sekunder | Teknologi Maklumat | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |
location | lokasi; kedudukan; tempat; tapakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kedudukan storan unit di storan utama atau storan sekunder bagi komputer.,2. Suatu kedudukan storan di ingatan. |
direct attached storage (DAS) | storan terhubung terus | Teknologi Maklumat | Perisian | Storan yang dihubungkan secara terus kepada pelayan atau stesen kerja tanpa menggunakan rangkaian storan di antaranya. Storan ini berbeza dengan SAN atau NAS kerana kedua-duanya memerlukan storan yang dihubungkan dalam satu rangkaian. Protokol yang digunakan dalam DAS ialah antara muka sistem komputer kecil (SCSI), SCSI terhubung bersiri (SAS) dan saluran gentian. Sistem DAS biasanya terdiri daripada beberapa pemacu cakera keras dan pengawal. Antara muka pelayan dan stesen kerja dilakukan melalui hos penyesuai bas (HBA). Kelemahan sistem ini adalah ketidakupayaannya untuk berkongsi data atau sumber dengan pelayan lain. |
common storage | storan umum; storan sepunya | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
storage configuration | tatarajah storan; penyusunan storan | Komputer | Tiada | Tiada |
data carrier storage | storan pembawa data | Kejuruteraan | Tiada | Sebarang jenis storan yang bahantara storan berada di luar komputer, misalnya pita, kad dan cakera. |
pressure storage tank | tangki storan tekanan | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis tangki storan yang dibina supaya tahan menanggung tekanan yang diakibatkan oleh wap yang terdapat dalam tangki berkenaan. Tangki storan jenis ini biasanya mempunyai dinding yang lebih tebal daripada tangki storan biasa dan mempunyai bahagian atas yang cembung atau cekung. Umumnya, tangki storan ini berbentuk sfera. |
network attached storage array (NAS) | tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Storan data komputer yang dihubungkan kepada satu rangkaian komputer yang menyediakan capaian data kepada pelanggan rangkaian yang sedia ada. Tujuan utama NAS adalah untuk menyediakan perkhidmatan perkongsian storan data berasaskan fail kepada peranti lain pada rangkaian. Selain perkhidmatan storan data, sistem pengendali dan perisian dalam NAS menyediakan perkhidmatan seperti sistem fail, capaian fail dan pengurusan kesemua perkhidmatan yang sedia ada. Storan ini bukan direka bentuk untuk melakukan tugas pengkomputeran pelbagai guna kerana ia tidak mempunyai papan kekunci atau paparan, tetapi dikawal selia dan dihubungkan pada rangkaian melalui konfigurasi alamat rangkaian pada pelayar. Alternatif lain penggunaan storan pada rangkaian selain NAS adalah dengan menggunakan komputer sebagai pelayan fail. |