chirality | kekiralan | Fizik | Nanoteknologi | Sifat sesuatu objek yang strukturnya tidak simetri, iaitu strukturnya berbeza daripada imej cerminnya. Sebatian kimia kekiralan biasanya bersifat aktif optik, dan terdapat pada kebanyakan molekul bahan organik. Salah satu struktur nanotiub karbon ialah kiral. |
cephalosporin | sefalosporin | Bioteknologi | Tiada | Antibiotik yang strukturnya menyerupai penisilin dari segi kewujudan cincin β-laktam. Antibiotik ini dihasilkan oleh kulat Cephalosporium. sefalosporin RUJUK RAJAH M.S. 136 |
becquerelite | bekuerelit | Kejuruteraan | Tiada | Mineral sekunder yang strukturnya sama dengan bilietit yang mengandungi 75.7% uranium. |
antimetabolite | antimetabolit | Bioteknologi | Tiada | Sebatian kimia yang strukturnya menyerupai substrat atau bahan metabolisme, tetapi tidak dapat dimetabolismekan. Sebatian ini berfungsi merencatkan metabolisme melalui tindakannya sebagai perencat bersaing terhadap enzim khusus. |
flow gneiss | gneis aliran | Geologi | Tiada | Gneis yang strukturnya dihasilkan oleh kealiran dalam suatu jisim igneus sebelum pemejalan lengkap. |
nested nanotube | nanotiub bersarang | Fizik | Nanoteknologi | Nanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri. |
metalloprotein | metaloprotein | Veterinar | Praklinikal | Protein yang mengandungi logam dalam strukturnya. Contoh metaloprotein ialah feritin yang mengandungi ferum dan azurin yang mengandungi kuprum. |
polyunsaturated fat | lemak politaktepu | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang strukturnya mempunyai lebih daripada satu ikatan tidak tepu dalam rantai karbonnya. |
saturated fat | lemak tepu | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang strukturnya tidak mempunyai ikatan rangkap. |
dissect | disek/bedah | Perubatan | Tiada | Membelah sesuatu organisma untuk meneliti strukturnya. |