Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stu.por] | ستوڤور

Definisi : (Ubat) keadaan hampir pengsan atau tidak sedar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stupor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stuporstuporPerubatanTiadaKeadaan kesedaran seseorang yang menurun ke tahap minimum dari segi mental dan fizikal. Individu ini hanya dapat dirangsang dengan stimuli yang kuat dan menimbulkan tindak balas yang lambat .
stuporstuporPerubatanTiada1. Keadaan tahap kesedaran yang rendah dan memerlukan rangsangan yang kuat untuk menghasilkan tindak balas. 2. Gangguan mental yang menyebabkan seseorang gagal bertindak balas dan memberi tumpuan terhadap persekitaran.
stuporstuporPerubatanTiadaKeadaan hampir tak sedar diri. Dalam keadaan demikian pesakit dapat bergerak balas hanya jika dirangsang dengan kuat.
stuporstuporPerubatanPsikiatriTahap kesedaran individu yang menurun ke tahap minimum dari segi mental dan fizikal. Individu tersebut hanya dapat dirangsang dengan rangsangan yang kuat dan menimbulkan tindak balas yang lambat.
stuporstuporKejururawatanTiadaKeadaan kesedaran seseorang yang menurun ke tahap minimum dari segi mental dan fizikal. Individu ini hanya dapat dirangsang dengan stimuli yang kuat dan menimbulkan tindak balas yang lambat.
narcosisnarkosisPerubatanTiadaKeadaan stupor yang mendalam akibat narkotik.
narcoticnarkotikPerubatanTiadaSebarang dadah yang boleh mengakibatkan kesan stupor atau narkosis, misalnya dadah tagihan seperti morfina yang jika diambil secara berlebihan boleh menimbulkan keadaan tak sedar diri atau kematian.
amentiaamentiaPerubatanTiadaRencat akal sejak lahir yang darjah keterukannya berbeza-beza antara seorang individu dengan lain. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan akal yang berjulat daripada kekeliruan pemikiran sehingga stupor.
frontal lobotomilobotomi frontalPsikologiPsikologi UmumKaedah rawatan perubatan psikosurgeri yang melibatkan pengasingan lobus frontal otak. Prosedur ini digunakan untuk menenangkan individu yang tidak dapat dirawat dengan kaedah lain. Kaedah ini boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan seperti seizur (sawan), emosi menumpul, perubahan besar dalam personaliti dan stupor.
aldicarb poisoningkeracunan aldikarbKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada aldikarb (formula kimia, C7H14N2O2S), iaitu insektisid karbamat yang biasa digunakan dalam rawatan tanah dan biji benih. Tanda utama keracunan adalah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan memberikan gejala dan tanda yang bermula dalam masa 30 - 60 minit dan mencapai maksimum dalam masa 2 - 8 jam: (a) keracunan sedikit menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, stupor, cemas, terketar-ketar lidah dan kelopak mata, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan; (b) keracunan sederhana menyebabkan loya, peliuran, mata berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi perlahan, dan fasikulasi otot; (c) keracunan teruk menyebabkan cirit-birit, anak mata kecil dan tak reaktif, sukar bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan sfinkter, konvulsi, koma, dan jantung tersumbat.
12

Kembali ke atas