modified | terubah suai; diubah suai | Fizik | Tiada | Tiada |
modified | terubah suai; diubah suai | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
genetically modified | terubah suai genetik | Pertanian | Agroteknologi | Sifat tanaman yang telah diubah suai bakanya melalui proses kejuruteraan genetik atau bioteknologi. Satu kaedah pengubahsuaian ini ialah dengan memindahkan gen daripada organisma lain kepada gen tanaman yang diubah suai supaya ia mendapat suatu ciri yang diingini. Contohnya, golden rice atau beras emas yang dihasilkan oleh Ingo Potrykus pada tahun 2000 telah diubah suai genetiknya dengan memasukkan gen daripada bunga daffodil kepada gen padi. Ubah suai genetik ini membolehkan pembentukan beta karotena yang boleh meningkatkan kandungan vitamin A dalam beras. Penghasilan jenis beras ini dapat mengatasi kekurangan vitamin A yang dialami lebih 190 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Singkatan GM. |
modified starch | kanji ubah suai | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kanji yang melalui proses perubahan fizikal, enzimatik atau rawatan kimia untuk mengubah sifat asalnya. Kanji ubah suai digunakan dalam hampir semua kegunaan yang sama seperti kanji asli, iaitu sebagai agen pemekat, penstabil atau pengemulsi dalam produk makanan. Fungsi kanji ubah suai adalah untuk meningkatkan kestabilan terhadap haba, asid, ricihan, masa, penyejukan atau pembekuan. Kanji ubah suai juga boleh mengubah tekstur, mengurangkan atau meningkatkan kelikatan, memanjangkan atau memendekkan masa penggelatinan serta meningkatkan kestabilan kelikatanjalan. |
modified atmospheric packaging (MAP) | pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah pengawetan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan segar dengan mengubah suai komposisi udara atmosfera dalam pek pembungkusan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah oksigen dan menggantikannya dengan gas lengai seperti nitrogen atau karbon dioksida. Pembungkusan atmosfera terubah suai dapat melambatkan pertumbuhan organisma aerobik dan mencegah tindak balas pengoksidaan. |
flexible | terlentur; boleh suai | Kejuruteraan | Tiada | 2. Boleh suai: Keadaan sesuatu bahan yang boleh diubah mengikut corak pemasangan yang dikehendaki. |
genetically modified foods (GMF) | makanan terubah suai genetik (GMF) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Makanan yang terhasil daripada pengubahsuaian bahan genetiknya (DNA) melalui penggabungan dengan genetik organisma lain (tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma). Kebanyakan makanan ubah suai genetik yang telah dibangunkan adalah daripada tumbuhan seperti tomato, jagung dan kacang soya. Tumbuhan ini merupakan tanaman GMO (organisma yang diubah suai genetiknya) yang telah dibangunkan untuk menambah penghasilan tanaman, iaitu hasil daripada pembaikan ciri-ciri ketahanan terhadap penyakit dan racun serangga. Kesemua makanan ini perlu dinilai dengan teliti sebelum dibenarkan untuk dipasarkan. Panduan Kodeks Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)/Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah pun wujud untuk menganalisis makanan ubah suai genetik. |
mobile onboarding | suai tugas mudah alih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lihat suai tugas app mudah alih. |
adaptive programme | program mudah suai | Pendidikan | Tiada | Program mudah suai: Program pengajaran sendiri yang mempersembahkan urutan pembelajaran dalam pelbagai cara mengikut kebolehan pelajar. |
custom application | aplikasi suai langgan | Teknologi Maklumat | Tiada | Aplikasi yang diubah suai atau direka bentuk khusus untuk seseorang pelanggan. |