bay guide | panduan bei | Perpustakaan | Tiada | Panduan kepada subjek-subjek buku yang disusun atur pada bei. |
iconography | ikonografi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Ilustrasi atau deskripsi dalam bentuk gambar, imej, lambang atau lain-lain.,2. Bentuk visual mewakili subjek-subjek berhubung dengan idea, kepercayaan, agama dan lain-lain. |
controlled indexing | pengindeksan terkawal | Perpustakaan | Tiada | Pengindeksan yang diusahakan dengan menggunakan istilah-istilah yang telah mantap dan terkawal bagi mengelakkan wujudnya subjek-subjek yang berkaitan terletak di bawah tajuk yang berbeza dan berselerak. |
centesimal device | cara sentesimal | Perpustakaan | Tiada | Satu kaedah yang digunakan dalam Pengelasan Perpuluhan Universal untuk memanjangkan tatasusunan iaitu 9 bahagian yang wujud tidak mencukupi, sebaliknya digit 11-99 digunakan untuk mewakili subjek-subjek setara. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim’s Progress oleh John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan de |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan t |
association | asosiasi | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau b |
categorical table | jadual kategori | Perpustakaan | Tiada | Jadual yang memuatkan bentuk, kelayakan dan cara lain mengkategorikan subjek dengan menambah nombor-nombor yang sesuai kepada nombor subjek dalam pengelasan subjek Brown. |
bias lighting | pencahayaan memihak | Komunikasi | Tiada | Pencahayaan yang tertumpu kepada sesuatu subjek tertentu supaya subjek yang lain berada dalam keadaan samar-samar atau kurang bercahaya. |
double fugue | fuga ganda | Muzik | Tiada | Fuga yang mengandungi dua subjek. Kedua-dua subjek ini dipersembahkan secara serentak atau berturut-turut dan bertekstur contrapunctus. |